Ramai pengusaha yang masih tercari – cari kaedah atau cara menyediakan pati baja ab atau baja fertigasi.
Kaedah penyediaan baja fertigasi atau baja ab ini adalah sama sahaja untuk semua jenis tanaman.
Di mana baja fertigasi datang dalam bentuk serbuk A dan B.
Daripada serbuk ini perlu dilarutkan menjadi pati baja.
Baja fertigasi datangnya dalam dua komponen iaitu A dan B.
Daripada sini datangnya panggilan baja A dan B.
Membancuh atau melarutkan baja ab memerlukan 2 tong stok baja.
Kedua – dua tong stok baja ini perlu sama daripada segi kapasiti.
Contohnya, jika tong stok A adalah 100 Liter kapasitinya maka tong stok B juga haruslah 100 liter.
Secara umumnya, 1 set baja AB 25 kg atau 50 kg (baja ab cili) boleh dilarutkan di dalam 100 liter air.
Minima 60 liter air bagi baja ab 25 kg.
Beza baja ab 25 kg atau 50 kg adalah daripada segi kepekatan sahaja.
Pati baja ab 50 kg/set adalah lagi pekat berbanding baja ab 25 kg/set.
Sebagai contoh, kita akan menggunakan kuantiti baja ab 50/set yang kurang untuk mendapatkan EC 2.0 berbanding 25 kg/set.
Tetapi harus diingat baja 50kg/set adalah baja ab: 2 set 25 kg yang dijadikan satu set. Jadi kosnya adalah 2 kali ganda!
Sekarang mari kita bancuh baja ab ini menjadi pati ab:
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Salam,
Mcmne nk dpt kn serbuk baja AB hidroponik dan baja foliar.
Utk kgunaan tnaman mini tepi rumah.
Boleh dapatkan di Pejabat lokasi H-G07, BLOK H PLAZA SURIA, JALAN PJU 10/4B, DAMANSARA DAMAI, 47830 PETALING JAYA, SELANGOR.
Ade jual netpot dg rock boll tk.
Ada tapi habis, tggu restock balik.
Bolehkah baja a.b dibancuhkan satu tong untuk membuat pati..??? Dan apakah effect dia campukan sekali..
Ya. jika dicampur pati a dan pati b, akan terjadi mendakan putih dan baja tidak boleh digunakan lagi.
Memang tak boleh guna terus ke tuan.. Baja campur tu.. Dan apa akan jadi pada pokok yg sebelum ini.. Kalau kita terus pakai lagi.. Mendakan putih??! Maaf bertanya bnyak tuan.. Tq kerana sudi memberi tunjuk ajar
Pokok tak mati. Cuma kurang nutrien sahaja.
Salam Tuan. Bila nak guna baja A dan bila pula guna baja B. (jarak waktu). keliru sikit
Boleh lihat semula artikel berkenaan pembajaan