Durian adalah buah yang sangat dinanti-nantikan kemunculan musimnya. Apabila tiba musimnya pasti membuatkan pengemar tegar durian tersenyum lebar. Durian juga dikenali sebagai raja segala buah telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia walaupun harganya yang mencecah puluhan ringgit.
Bagi penggemar yang suka memakan buah ini,harga bukanlah menjadi masalah,yang sering di ambil kira semasa membeli buah ini adalah jenis durian tersebut. Tahukah anda semua buah durian mempunyai pelbagai jenis atau varieti durian dipasaran? Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara.dan setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza – beza dan tersendiri.Tidak hairan juga sekiranya kita singgah digerai – gerai jualan buah durian kita akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza – beza.
Jadi sebelum anda membeli,marilah kita menambah pengetahuan mengenai durian supaya kita tahu varieti apa yang kita sedang makan dan juga dapat mengelak dari penipuan penjual yang tidak bertanggungjawab.Selain itu ianya memudahkan kita memilih jenis durian yang diingini .
Mari kita lihat klon-klon durian yang ada di Malaysia:
- Mao Shan Wang/ Musang King

Musang king
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Ciri : Manis dan Pahit, Teksttur berkrim. Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg, Besar (2-2.5 kg)
- XO

XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat
Ciri khas: Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
- D24

Durian D24
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Ciri khas: Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands
- D13

D13
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat
- D1

D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor
- D101

D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor
- Red Prawn

durian-red-prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor
- Green Bamboo

Green Bamboo D
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor
- Black Pearl

Black pearl
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
- Golden Phoenix

Golden phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
Suatu fakta menarik tentang buah durian.Masyarakat di negara barat menganggap durian adalah buah yang mengeluarkan bau yang busuk sehingga mendapat jolokan “THE MOST STINKING FRUIT IN THE WORLD “.
Setiap tahun terdapat pertandingan – pertandingan serta pesta makan di adakan seluruh negara sempenan menyambut musim buah durian.
selamat memburu durian! musim durian dah sampai
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Pingback: Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia - Berita Viral Terkini