Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi.

Ramai usahawan tani berminat menggunakan teknologi penanaman secara fertigasi tetapi pemerhatian di lapangan menunjukkan projek usahawan tani yang menggunakan teknologi fertigasi tidak mampan.

Dalam bahasa mudah pulangan yang rendah berbanding modal dan kos operasi yang telah dilaburkan.

Ada banyak sebab kenapa projek fertigasi jadi tidak mampan.

Sebab utama adalah duit yang keluar lagi banyak daripada duit yang masuk.

Artikel kali ini kita akan lihat 5 faktor mudah untuk meningkatkan keuntungan projek fertigasi anda lagi.

#1 Pilih jenis tanaman yang betul

Pemilihan jenis tanaman adalah langkah yang paling penting. Pastikan jenis tanaman yang dipilih mendapat permintaan yang tinggi sekaligus memudahkan aktiviti penjualan. Salah pilih jenis tanaman nanti susah nak jual, silap – silap sedekah pada jiran jer karang.

Elakkan tanaman yang tidak boleh dimakan segar. Contohnya serai wangi. Tanaman yang tidak boleh makan segar biasanya susah untuk dijual dan memerlukan pembeli yang khusus.

Jangan ikut rakan dan konsultan. Buat kajian pasaran sendiri bagi memastikan jenis tanaman yang sesuai ditanam.

Modal untuk penanaman secara fertigasi memang tinggi, justeru itu pilih tanaman yang bernilai tinggi untuk mendapatkan pulangan dalam masa yang singkat.

#2 Cara penggunaan baja fertigasi yang cekap

Baja fertigasi semakin mahal. Jangan bedal jer bagi baja tu. Pastikan ikut keperluan usia tanaman.

Jangan ikut cakap konsultan. Konsultan jual baja memang beliau suruh tutuh baja lebih, supaya anda cepat repeat order baja.

Boleh rujuk artikel dalam myagri ini untuk kaedah pembajaan yang tepat.

#3 Jaga kos pengeluaran

Nak sustain dalam industri pertanian kos kena jaga. Kira kos pengeluaran per kilogram bagi hasil anda.

Yang lebih penting pastikan harga jualan ladang lebih daripada kos pengeluaran!

Tahu nak kira kos pengeluaran, boleh rujuk artikel dalam myagri ini.

#4 Penggunaan tenaga kerja yang cekap

Ramai usahawantani membuat kesilapan bab pengurusan tenaga kerja.

90% daripada usahawantani mempunyai jumlah pekerja yang ramai berbanding kapasiti pengeluaran.

Pekerja yang ramai akan meningkatkan kos overhead.

Penetapan keperluan pekerja bergantung kepada jenis tanaman dan jumlah kapasti pengeluaran.

Sebagai contoh, bagi tanaman cili dengan kapasiti pengeluaran 3000 polibeg, hanya seorang pekerja fulltime diperlukan bagi kerja – kerja operasi.

#5 Laburkan pada meningkatkan kapasiti pengeluaran

Kesilapan utama yang ramai usahawantani lakukan adalah membuat infra kebun yang cantik berbanding membesarkan kapasiti pengeluaran tanaman.

Ramai usahawantani melabur modal pada pembinaan infra kebun berbanding kapasiti pengeluaran.

Tingkatkan kapasiti pengeluaran atau tambah polibeg bagi meningkatkan pendapatan projek fertigasi anda.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply