Skim Pelaburan untuk Usahawatani

Sejak pandemik Covid -19 ini, terlalu ramai usahawantani mengeluh kerana kekangan kewangan.

Daripada masalah kekurangan perkerja kebun sehinggalah kenaikan harga input.

Semua masalah memerlukan peruntukkan kewangan tambahan. Senang cerita top up duit lah.

Sebagai contoh sebelum Covid harga baja calcium nitrate RM 58 per guni. Sekarang seguni sudah RM 78.

Sebab itu saya percaya sebagai full timer berkebun, kita perlu bersedia sepenuhnya dengan sebarang kemungkinan yang akan mendatang seperti covid.

Saya daripada dulu akan put a side 10% daripada keuntungan atau margin kebun setiap bulan untuk pelaburan.

Jadi apakah bentuk pelaburan yang sesuai untuk usahawantani?

Terdapat banyak instrumen pelaburan di luar sana.

Antara contoh instrumen pelaburan adalah unit amanah seperti ASNB, Saham ekuiti (Stock market), fixed deposit, bond, ETF dan sebagainya.

Harus diingat tiada satu instrumen yang sesuai untuk semua orang.

Saya memilih unit amanah dan ASNB menjadi pilihan saya.

Unit amanah ini terbahagi kepada dua, iaitu harga tetap dan harga berubah.

Unit amanah harga tetap bermakna harga unit dia tak berubah mengikut situasi pasaran dan ekonomi. Sebagai contoh ekonomi sedang jatuh tapi harga ASNB tetap RM 1 seunit. Begitu lah sebaliknya jika ekonomi bagus. Harga belian tetap sama dengan jualan.

Manakala unit amanah harga berubah bermakna harga unitnya sentiasa berubah – berubah mengikut keadaan market. Contoh public mutual, ASB sara, dan sebagainya.

Kenapa saya pilih ASNB walaupun ramai merungut pulangan dividennya rendah hanya sekitar 5% berbanding instrumen pelaburan yang lain.

Ya betul instrumen pelaburan yang lain boleh dapat pulangan sampai 20% bahkan ada 5% seminggu.

Macam mana kuatnya racun di luar sana, saya tetap memilih ASNB kerana:

#1 Risiko rendah. Harga jualan dan belian tetap RM 1 walau pun ekonomi tak baik.

#2 Senang dan mudah dicairkan. Bila harga tak berubah senang saya nak buat pengeluaran tanpa takut kehilangan modal asal. Terutama bila kecemasan seperti sekarang. Sebab harga jualan dan belian tetap RM 1.

#3 Tiada masa nak study dan analisa saham.

Risiko rendah dan off course pulangannya pun rendah.

Betul tidak dinafikan pulangan saham ekuiti atau pun stock trading lagi asyik tapi risikonya lagi tinggi.

Ramai jer yang hilang 50% bahkan 90% daripada modal ketika trade saham ini.

Tapi biasalah siapa nak mengaku rugi. hahaha.

Investment di dalam saham blue chip seperti tenaga, sime darby, tm, sime plantation juga menarik. Dividen yang diberikan lebih tinggi daripada ASNB. Cuma masalahnya harga saham turun naik membuatkan susah untuk dicairkan terutama bila market sedang merundum. Rujuk Sebab #2.

Dan sudah tentu saya juga ada melabur dalam beberapa saham blue chip untuk jangka masa panjang.

So itulah dua sebab utama saya memilih parking 10% setiap bulan di dalam ASNB walau pun pulangannya rendah.

Ingat sebagai pekebun full time, kita tiada pendapatan tetap. So ingatlah dan beringat bila kita dapat keuntungan.

Simpan dan labur margin anda demi kegunaan waktu sukar.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Kewangan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply