APA ITU INKUBATOR?
Inkubator adalah alat atau mesin ciptaan manusia yang digunakan sebagai induk palsu mengantikan ibu ayam atau itik dalam proses pemeraman telur. Telur ayam atau itik memerlukan suhu antara 37-380C untuk proses pemeraman. Kebiasaanya, incubator adalah berbentuk empat segi seperti ovum dan mengandungi thermostat, 5 atau 6 biji mentol bulb dan alat pengukur suhu. Ianya menggunakan sumber elektrik dengan kadar yang rendah. Kos penetasan menggunakan inkubator adalah sekitar RM 0.60 termasuk kos elektrik bergantung kepada kapasiti penetasan.
Antara kelebihan menggunakan inkubator ialah penghasilan anak itik atau ayam yang banyak pada satu tempoh masa. Ini kerana kapasiti incubator ringkas boleh mencapai 100 hingga 120 biji telur. Peratus penetasan telur juga boleh mencapai 98% kerana pada peringkat awal pemeraman, penguasaha boleh memilih baka telur yang baik dan menjadi manakala membuang atau menyingkirkan telur yang tidak menjadi. Telur yang diletakkan didalam incubator terhasil lebih teratur dan seragam kerana ianya mengalami proses pembalikan telur selang masa 4 hingga 6 jam
Pengunaan inkubator juga boleh menjimatkan masa pemeraman telur dan penetasan anak itik ayam. Tempoh pemeraman bagi telur ayam adalah 21 hari sahaja manakala telur itik adalah 28 hari. Secara semulajadi, ibu ayam atau itik akan memeram telur dibawah badan dalam kuantiti yang banyak, telur yang tidak kuat mungkin akan pecah dan tidak menjadi. Penggunaan inkubator boleh mengelakan perkara tersebut terjadi.
Selain itu, penggunaan inkubator juga boleh mengelakkan hama hama berterbangan dan akhirnya menyebabkan kegatalan kulit kepada pengusaha. Ianya juga menggalakan ibu ayam atau itik untuk terus bertelur dalam selang masa 10 hari apabila terusnya diambil oleh pengusaha.
Harga incubator dipasaran disekitar RM 350 hingga RM 6,000, bergantung kepada jumlah kapasiti telur ayam atau itik yang boleh dieram pada satu tempoh masa. Kebiasaanya ianya lengkap dengan sistem pengulingan telur secara automatik.
PERSIAPAN SEBELUM PROSES PEMERAMAN TELUR
Pengusaha perlulah memilih atau mengasingkan telur terbaik yang sesuai untuk ditetaskan. Telur yang terbaik diantara 1 atau 2 hari dikumpulkan dari induk ibu asli (ayam atau itik). Telur yang kotor perlu dibersihkan dengan kain lembap agar kotoran yang terdapat di kulit telur tidak memasuki lapisan dalam telur. Telur yang retak perlu diasingkan kerana ianya dikhuatiri mudah dimasuki oleh kuman atau bakteria daripada persekitaran.
Mesin inkubator perlu dibersihkan dengan semburan racun pembasmi hama sehari sebelum telur itik atau ayam dipindahkan ke dalam inkubator. Pada mesin yang baru, fumigasi juga perludilakukan bagi memastikan persekitran dalam inkubator betul bersih dan bebas kuman. Panaskan inkubator 3 jam sebelum dipindahkan telur sehingga mencapai suhu 37-380C. pastikan semua lampu, thermostat dan suhu berfungsi dengan baik.
PROSES & AKTIVITI PEMERAMAN TELUR
Jadual berikut merupakan aktiviti yang perlu dilakukan oleh pengusaha untuk proses pemeraman telur dari hari pertama hingga hari ke 21 (telur ayam) atau 28 hari (telur itik).
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022