Usaha kekal kualiti Lada Sarawak ditingkatkan – Utusan Malaysia
SRI AMAN 31 Mac – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Lembaga Lada Malaysia (MPB) akan meningkatkan usaha untuk menambah baik kualiti lada hitam jenama Sarawak Pepper (Lada Sarawak) bagi memastikan produk itu kekal sebagai jenama terkenal dan terbaik di dunia.
Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Mansur berkata, usaha tersebut bukan hanya menambah keluasan tanaman lada hitam tetapi turut meningkatkan kualitinya.
Beliau berkata, hal ini kerana terdapat sesetengah pengilang yang didapati menyalah gunakan jenama Lada Sarawak yang mana mereka mengimport lada berkualiti rendah tetapi diproses di Malaysia dan menggunakan jenama tersebut.
“Daripada segi kualiti, jenama Lada Sarawak cukup maju dan berdaya saing di pasaran dunia.
“Malangnya, ada sesetengah pengilang menyalah gunakan jenama Lada Sarawak dengan tindakan mengimport lada hitam berkualiti rendah untuk diproses di Malaysia sebelum dieksport ke luar negara menggunakan jenama Lada Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Sarawak Jom Tanam Lada 2017 anjuran MPB di Dewan Suarah Sri Aman di sini, semalam.
Yang turut hadir, isterinya, Datin Kartini Abd. Rahman, Pengarah MPB, Dr. Harry Entebang; Residen Sri Aman, Indit Bangai dan Setiausaha Bahagian Industri Koko dan Lada kementerian, Marian Illias.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/usaha-kekal-kualiti-lada-sarawak-ditingkatkan-1.464326#ixzz4czWVzZEo
© Utusan Melayu (M) Bhd
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022