Selama ini kita sering tersalah sangka menyatakan telur tidak baik untuk kesihatan dimana ianya adalah kolesterol yang boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat. Ada juga yang meminta kita untuk berpantang daripada mengambil telur jika tubuh badan kita terluka. Namun, telur mempunyai khasiatnya tersendiri yang kita kurang peka mengenainya.
Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan vitamin ini. Telur kuning yang kandungan omega 3 yang tinggi sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia kerana ianya mengurangkan kadar inflamasi dalam badan.
Antara khasiat dan kebaikan lain telur itik adalah:
1) Telur itik mempunyai banyak khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang tidak serius. Telur itik dapat berfungsi dalam menyihatkan buah pinggang. Ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang tubuh badannya masih lemah kerana baru pulih dari penyakit batuk kering, sakit kerongkong, tekanan darah tinggi dan cirit birit.
2) Telur itik kaya dengan vitamin B2, protein, mineral, kalsium dan zat besi sehingga dapat mencegah penyakit anemia iaitu penyakit kekurangan darah dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
3) Telur itik yang diawet menjadi telur masin juga tidak hilang khasiatnya tetapi perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit kerana kandungan garam yang banyak di dalam telur tersebut adalah tidak baik untuk kesihatan.
4) Kandungan vitamin A yang tinggi, diakui mampu melindungi kesihatan mata. Mata yang kurang vitamin akan menyebabkan pandangan tidak jelas. Mata juga akan kelihatan kekuningan akibat kurang vitamin. Sebiji telur itik memiliki kandungan vitamin A sebesar 472 IU, vitamin A dengan kandungan sebesar itu adalah nilai mengambilan vitamin yang sangatlah diperlukan setiap hari.
5) Selain itu, vitamin A juga bermanfaat dalam mencegah radikal bebas, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menguatkan kesihatan tulang dan gigi. Anti-oksidan adalah bahan yang boleh melawan radikal bebas dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
6) Telur itik mempunyai kandungan mineral dan besi yang berguna untuk tubuh. Kandungan telur itik juga mengandungi selenium. Selenium berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi dan membantu badan membuat hormon yang dikenali sebagai tiroid. Zat besi dalam telur itik berguna dalam menghasilkan sel darah merah.
7) Vitamin E yang ada di dalam telur itik sangatlah berguna dalam membantu sistem pencernaan manusia serta meningkatkan sistem metabolisme badan manusia.
8) Ia dapat menambah kadar tenaga di mana kandungan Vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.
9) Untuk mencantikkan mata, telur mengandung karotenoid sangat berguna dalam membuat mata cantik. Makanlah kuning telur dari telur itik secara teratur supaya mata anda akan menjadi cantik dan sihat. Karotenoid ini adalah pigmen organik yang terdapat dalam tumbuhan dan beberapa organisma seperti alga.
10) Telur itik untuk kecantikan berguna dalam menghasilkan wajah yang cerah. Putih telur itik mempunyai kandungan yang lebih pekat daripada telur ayam. Putih telur itik sangat berguna dalam menanggalkan sel kulit mati di kulit wajah anda dan kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan bersinar.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022