Mencari rakan kongsi yang tepat di dalam membangunkan atau menjalankan perusahaan kebun atau ladang merupakan satu proses yang rumit. Walau bagaimanapun mendapat rakan kongsi yang bagus akan membantu anda menjalankan projek dan berkongsi bebanan kerja. Jika anda mendapatkan rakan kongsi yang tidak elok, akan merumitkan proses kerja anda. Berikut MYAGRI kongsikan tip di dalam mencari rakan kongsi untuk perusahaan kebun anda.
1. Wang
Rakan kongsi yang mempunyai modal atau kewangan yang stabil dan kukuh dapat memjamin perusahaan kebun anda tidak kehabisan modal jika tanaman tidak menjadi atau sewaktu menghadapi harga sayuran yang tidak stabil. Pada masa kini kos atau modal bagi membuka atau mulakan projek pertanian adalah tinggi. Mempunyai rakan kongsi dengan kekuatan kewangan yang tinggi sangat membantu.
2. Kemahiran
Ini juga salah satu daripada modal yang perlu ada untuk menjayakan apa saja urusan. Berbeza dengan wang, kemahiran sentiasa diperlukan dalam setiap proses untuk melengkapi kitarannya. Antara kemahiran teknikal yang kritikal dalam perusahaan ladang adalah pengurusan, kawalan penyakit dan serangga perosak, pengurusan tanaman dan pengurusan lepas tuai.
3. Jaringan
Rakan kongsi yang mempunyai jaringan atau networking yang luas dapat membantu dalam proses pemasaran. Networking yang mantap dapat membantu usahawan mengembangkan perusahaaan ke tahap yang lebih tinggi.
4. Etika bisnes yang baik
Etika bisnes yang baik adalah penting di dalam menjalankan perusahaan. Industri pertanian perlu dijalankan dengan oenh etika yang baik kerana indutsri ini mengeluarkan sembur makanan yang menjadi sekuriti negara dan memastikan bekalan makanan yang dikeluarkan adalah selamat dimakan oleh pengguna. Jika anda berpasangan dengan orang yang tidak mempunyai etika perniagaan, anda akan mengalami banyak konflik dengan pasangan anda berkenaan soal etika dan cara kerja yang betul.
5. Masa
Rakan kongsi strategik dapat memberikan masa dan tumpu pada anda serta projek yang sedang dijalankan. Bahagikan tugasan dan masa kerja kepada rakan kongsi secara terperinci. Rakan kongsi baik akan dapat dihubungi apabila diperlukan.
6. Timbul sifat tamak
Jika dapat cari rakan kongsi yang meletakkan persahabat di tempat pertama sebelum duit. Maka tidak timbul sifat tamak di dalam diri setiap rakan kongsi. Duit boleh dicari, persahabatan sukar diganti.
Rakan kongsi anda saling melengkapi dengan anda
Cari rakan yang memiliki skill yang tidak anda miliki, dan dia tidak memiliki skill yang anda miliki. Tetapi apabila anda tidak dapat mencari orang yang sepertu ini, sekurang-kurangnya anda dan rakan kongsi anda boleh saling tolong menolong.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022