Ramai yang masih tidak faham kepentingan membuat batas tanaman pada penanaman di atas tanah.
Di luar negara seperti di Australia dan China kita dapat lihat kepentingan batas tanaman ini.
Di sana penanaman tebu, jagung manis, jagung bijirin dan pisang pada skala komersial dijalankan menggunakan sistem batas apa tah lagi penanaman sayur-sayuran.
Jadi apakah kepentingan membuat batas tanaman ini?
#1 Memudahkan pengurusan rumpai
#2 Pengurusan pembajaan yang cekap. Kurang kesan leeching baja.
#3 Barisan tanaman yang lurus. Ini memudahkan pengurusan tanaman termasuklah pengurusan penggunaan jentera.
#4 Tanaman kita menjadi lebih uniform dan pembesaran pokok seragam.
#5 Tanah pada batas kekal gembur dan tidak compact. Ini memudahkan pertumbuhan akar tanaman serta untuk pengudaraan akar.
#6 Batas menggurangkan kejadian water logging atau pokok lemas.
#7 Senang untuk tuai hasil terutama tanaman umbisi.
#8 Pengairan yang lebih effisien menggunakan drip tape.
#9 Penggunaan baja asas seperti tinja ayam yang cekap dengan ditabur di atas batas sahaja.
#10 Ladang lagi cantik dipandang.
Banyak kebaikan batas tanaman yang lain – lain.
Jadi selepas ini pastikan tanam di atas batas.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022