Pihak kami iaitu MYAGRI DotComDotMy serta MYAGRI CONSULTING ada menerima beberapa aduan masalah berkenaan masalah pakej tanaman yang bukan daripada syarikat kami.
Serta isu penggunaan logo dan jenama kami iaitu MYAGRI DotComDotMy dan MYAGRI CONSULTING di dalam sebut harga atau quotation, invoice, kertas kerja dan rancangan perniagaan yang dikeluarkan oleh P&P TANI MAJU ENTERPRISE dan P&P TANI MAJU SDN BHD.
Di sini kami ingin memaklumkan bahawa MYAGRI CONSULTING dan MYAGRI DotComDotMy tidak lagi menjalankan kerja bersama – sama P&P TANI MAJU ENTERPRISE atau P&P TANI MAJU SDN BHD.
Justeru itu, surat perundangan telah dihantar kepada pihak berkenaan bagi menghalang penggunaan jenama kami oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Diharap makluman ini dapat memberikan penjelasan kepada semua pihak.
Regards,
Iman Danial
Pengurus
MYAGRI CONSULTING
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022