Sektor pertanian di Malaysia kini menjadi sumber utama ekonomi dan semakin maju ekoran penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). MARDI yang memfokuskan pembangunan kompetensi dan pemindahan teknologi dalam konteks R&D banyak memberi manfaat kepada petani, negara dan industri. MARDI telah mengambil inisiatif membangunkan beberapa aplikasi mudah alih untuk menyokong aktiviti pemindahan teknologi, kompetensi serta pengetahuan kepada petani, pengusaha pertanian dan penternakan yang dinamakan MARDI Apps.
Antara aplikasi yang telah dibangunkan ialah:
Doktor Cili
Aplikasi mudah alih Diagnosa Penyakit dan Serangga Perosak Cili dan juga panduan kepada pengguna untuk mengenalpasti penyakit, cara pengawalan dan cara pengurusan tanaman dengan betul.
Teknologi Ternakan Lebah Kelulut
Aplikasi manual Teknologi Penternakan Lebah Kelulut merupakan aplikasi yang boleh memberi pendedahan kepada pengguna aplikasi tentang lebah kelulut dengan lebih berkesan.
Direktori Usahawan MARDI
Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan pengguna berhubung dengan para usahawan yang berdaftar dengan MARDI. Ia akan memaparkan maklumat berkaitan usahawan seperti: Nama syarikat, nama usahawan, kategori usahawan, jenis produk, maklumat perhubungan dan lokasi usahawan.
MyKonsultan
Aplikasi ini adalah aplikasi forum yang membenarkan komunikasi antara stakeholders dengan MARDI. Skop komunikasi adalah berkaitan teknologi-teknologi yang telah dihasilkan oleh MARDI. Pengguna boleh melontarkan sebarang persoalan mengikut saluran yang telah disediakan oleh Moderator MARDI. Pengguna juga boleh memulakan topik baru bagi setiap saluran yang telah dipilih.
MARDI MyKompos
Merupakan aplikasi mudah alih yang memaparkan maklumat berkaitan proses penguraian (pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil yang boleh digunakan semula untuk tanaman. Aplikasi juga mempunyai pangkalan data bahan campuran pembuatan kompos bagi membantu pengguna mendapatkan campuran kompos terbaik dalam menghasilkan kompos.
Aplikasi Kalendar Aktiviti dan Mesej Peringatan
Aplikasi ini akan menghantar mesej peringatan kepada pengguna melalui telefon pintar, tablet dan juga ipad berkaitan semua aktiviti yang perlu dalam penanaman cili, melon, salad, padi dancendawan tiram kelabu. Ia turut mempunyai kalendar aktiviti yang merekod segala aktiviti yang terlibat samada yang dijana secara automatik ataupun aktiviti lain yang dimasukkan oleh pengguna Terdapat lima (5) aplikasi yang telah dibangunkan iaitu: Fertigasi Cili, Fertigasi melon & Rock Melon, Hidroponik Salad, Penanaman Padi Aerob, Penanaman Cendawan Tiram Kelabu dan iClearfield.
MARDI Lembu Brakmas
Aplikasi mudah alih yang memberi pendedahan ringkas mengenai konsep penternakan lembu Brakmas secara integrasi di bawah tanaman kelapa sawit. Aplikasi juga disertakan dengan kalkulator mengira karkas lembu brakmas.
MARDI OPF
Aplikasi mudah alih yang akan memberi panduan asas tentang cara-cara memproses Pelepah Kelapa Sawit (PKS) kepada makanan ternakan ruminan yang boleh dilakukan sendiri oleh penternak.
MARDI MyPerosakPadi
Hasil tanaman padi dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah serangan daripada perosak dan penyakit serta persaingan daripada rumpai. Pengurusan perosak, penyakit dan rumpai merupakan komponen yang amat penting dalam menjamin kelestarian pengeluaran hasil tanaman padi.
MARDI Green Pharmacy
Aplikasi untuk senarai tanaman herba di Malaysia.
MARDI Penternakan Ayam Kampung
Panduan ringkas ternakan ayam kampung oleh MARDI.
Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun ke smartphone and tablet bagi sistem iOS dan Android. Penggunaan apps ini dapat memudahkan usahawantani mencari panduan dan maklumat pertanian selain menjadi rujukan segera kepada usahawan.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022