Advertorial: Baja Foliar “SUPER POWER K”

Pada bulan ramandhan kami ada menawarkan servis pengiklanan atau advertorial secara percuma untuk produk dan perkhidmatan anda.

Terdapat lebih 87 syarikat dan individu yang menghantar permohonan.

Kami akan buat advertorial ini satu per satu setiap minggu.

Terlebih dahulu kami terangkan bagaimana advertorial MYAGRI Dot Com Dot MY dilakukan.

Kami akan buat dua artikel review berkenaan produk atau perkhidmatan anda.

Di mana artikel advertorial pertama mengenai butiran produk, fungsi, kegunaan dan kebaikan yang diterangkan oleh syarikat.

Secara mudah segala cerita baik yang diclaim oleh pihak syarikat.

Artikel advertorial pusingan kedua adalah ulasan daripada pakar kami yang menguji lari produk anda pada tanaman sayur-sayuran dengan cadangan kegunaan syarikat.

Ini barulah adil kepada pihak syarikat dan pembaca semua.

Produk pertama yang kami terima adalah daripada Syarikat Saudagar Pertanian Enterprise yang berpangkalan di Klang, Selangor.

Dengan produk baja foliar dengan nama “SUPER POWER K” di bawah jenama “BAJA KING”

Jenama BAJA KING ditulis di dalam tulisan jawi.

Walau pun penulis sudah terlibat di dalam industri pertanian selama 21 tahun, inilah kali pertama melihat gambar wanita pada botol baja.

IMG_1853

Ini adalah sebagai gimik pemasaran syarikat.

Baja foliar SUPER POWER K merupakan teknologi Negara jiran sebelah, Thailand yang dibawa masuk oleh pihak syarikat sebagai pemegang hak cipta atau paten.

IMG_1851

Teknologi Thailand, Buatan Malaysia.

Menurut syarikat, teknologi yang digunapakai di dalam baja ini adalah bahan lengai nano universal yang memboleh baja mudah diserap melalui daun tanaman.

Walaubagaimana pun foliar ini boleh juga digunakan untuk drip ke akar pokok.

Teknologi nano ini memboleh kan ion K meresap secara aktif melalui stoma dan rongga daun.
Kandungan K di dalam baja foliar ini sangat tinggi berbanding jenama-jenama yang lain di pasaran iaitu 46%.

Pada kadar 46% ini, baja foliar ini sememangnya berupaya memulihkan kekurangan unsur K pada tanaman dengan cepat atau bertindak sebagai booster spray.

Antara kebaikan baja foliar ini adalah dapat memaniskan buah tembikai, labu dan rockmelon.

IMG_1852

Yes!!! Rakyat Malaysia kalau tak manis memang tak sah.

Apa yang diclaim oleh pihak syarikat adalah benar, di mana unsur K diberikan kepada tanaman tembikai dan rockmelon untuk memaniskan buah atau meningkatkan kandungan brix buah.

Baja ini juga boleh mengaruhkan pedebungaan atau flower inducing pada cili kulai dan cili padi.

Fakta ini memang tepat.

Sekarang mari kita lihat harganya pula.

Walaupun kandungannya K lebih tinggi berbanding jenama yang lain bagi K atau potassium di pasaran dan teknologi nano yang terbaru, harganya lebih rendah daripada jenama-jenama yang lain.

Diletakkan harga sekitar RM 15 sahaja untuk sebotol 1 liter.

Manakala jenama lain pada harga sekitar RM 30 – 38 sebotol 1 liter.

Ini meletakkan harganya sekali ganda murah!

Manakala sukatan penggunaanya adalah 30 ml untuk 18 liter air.

Kekerapan semburan pula adalah seminggu sekali selepas berbunga pada tanaman lain-lain kecuali rockmelon.

Semburan pada rockmelon dilakukan selepas terdapat putik buah dengan kekerapan seminggu sekali.

Pada harga serendah RM 15 bagi 1 liter, mungkin anda boleh cuba foliar SUPER POWER K ini pada tanaman anda.

*Artikel advertorial siri 2 akan diupload selepas tamat uji lari kami.

Kepada anda yang berminat mempromosikan produk atau perkhidmatan emailkan kepada admin@myagri.com.my

Kongsikan!
  • 19
  •  
  •  
  •  
    19
    Shares
This entry was posted in Advertorial and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Advertorial: Baja Foliar “SUPER POWER K”

  1. sa, says:

    salam tuan.. mana nak beli SUPER POWER K ni area rawang, atau nama pengedar berdekatan

Leave a Reply