Panorama: Garden by The Bay the Singapore

Artikel Panorama kali ini membawa kita ke negara jiran, Singapura.

Kami bawakan Garden by The Bay, Singapura.

Ya. Taman tepi teluk.

Apa yang menarik di Garden by The Bay ini.

Di sini terdapat pelbagai jenis taman bunga-bungaan dan tanaman.

Tetapi yang menariknya sudah tentu taman dalam dome suhu terkawalnya iaitu FLOWER DOME, CLOUD FOREST serta OCBC SKYWAY.

FLOWER DOME merupakan struktur persekitaran dengan suhu 23 – 25 darjah celcius dengan humidity 60 – 80%.

Uniknya di sini, pengunjung berpeluang melihat bunga-bungaan atau pun musim spring atau musim bunga.

Terdapat pelbagai jenis koleksi tanaman bunga, orkid dan cactus di sini.

Flower Dome ini mewujudkan suasana cool-dry climate seperti di Mediterranean bahagian South Africa, California, Spain dan Italy.

IMG_1138

IMG_0966

Sebab itu koleksi tanaman bunga yang ada di sini adalah di negara – negara tersebut.

Keluasan FLOWER DOME ini adalah 1.2 Hectares.

Jalan sampai kaki lenguh lah.

Yang penting jamin tak penat pasal suasananya yang sejuk.

CLOUD FOREST merupakan replikasi tanaman tropical di kawasan tanah tinggi pada ketinggian 2000 meter daripada paras laut.

Merupakan hutan tanah tinggi ciptaan siap dengan air terjun dan juga gua seluas 35 m persegi.

Di sini pengunjung boleh berjalan-jalan di kaki bukit dengan pemandangan bird eye view.

Gayat jugalah dibuatnya.

IMG_1309

IMG_1191

Suhu di dalamnya juga 23 – 25 darjah celcius dengan humidity 60 – 80%.

Keluasan CLOUD FOREST ini adalah 0.8 Hectares.

Antara tarikan yang ada di sini adalah LOST WORLD, CLOUD WALK, THE CAVERN, WATERFALL VIEW, CRYSTAL MOUNTAIN, TREE TOP WALK, EARTH CHECK, +5 DEGREES dan SECRET GARDEN.

OCBC SKYWAY merupakan laluan jalan kaki pada ketinggian 22 meter di tengah – tengah keindahan alam semulajadi.

Panjang laluan ini adalah 128 meter.

Di OCBC SKYWAY ini terletaknya Supertree Grove.

IMG_1390

IMG_1381

Supertree Grove ini merupakan struktur berupa pokok besar yang berfungi menjana tenaga elektrik daripada solar.

Tenaga elektrik yang dijana ini digunakan untuk kegunaan kesluruhan taman terutama flower dan cloud forest dome yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi untuk mengawal suhu dalam dome.

Selain daripasa sistem solar, Supertree Grove ini juga memerangkap air hujan untuk kegunaan taman ini.

Kalau nak pergi, pergi waktu malam tapi sebelum jam 9 malam.

Jam 9 malam dah tutup.

Secara kesuluruhannya, Garden by The Bay merupakan taman yang green sustainable.

Ini kerana ia menggunakan tenaga elektrik daripada solar dan air daripada air hujan.

Tapi agak kecewa kerana kebanyakkan tanaman berbunga di sini ditanam di dalam pasu dan dipindah atau ditukar apabila tidak berbunga lagi.

Cara ini easy and low cost maintenance.

Juga agak mengecewakan kerana tidak bunga daripada negara temperate seperti tulip daripada Belanda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.gardensbythebay.com.sg/

Kongsikan!
  • 4
  •  
  •  
  •  
    4
    Shares
This entry was posted in panorama, Travel and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply