Tanaman Kangkung

Pasti ramai yang kenal dengan sayur kangkung dan ianya menjadi makanan kegemaran semua rakyat terutama di kawasan Asia. Sayuran yang mudah ditanam, tempoh tanaman yang singkat dan kurang serangan penyakit ini berasal dari keluarga Convolvulaceae dengan nama sainstifik Ipomoea spp. Kangkung juga disebut dengan naman Weng Cai oleh masyarakat China, swapcabbage, water convovulus dan water spinach.

Sayuran kangkung merupakan sejenis makanan yang sangat digemari oleh masyarakat dunia kerana ianya berkhasiat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Selain itu, kangkung merupakan sayuran termurah berbanding sayuran yang lain.Ia boleh dimakan secara mentah seperti kerabu atau dicelur sedikit dan dicicah dengan sambal belacan. Selain itu, kangkung juga dijadikan makanan kepada haiwan seperti kura kura dan arnab.

Tanaman ini hidup subur pada kawasan bersuhu iklim tropika dan subtropika.Ianya dijumpai ditanam di kawasan Asia, Afrika, Amerika Selatan & Amerika Utara dan kawasan Ocenia.Terdapat 2 jenis kangkung iaitu kangkung darat dengan namaIpomoea reptans dan kangkung air dengan nama Ipomoea aquatic Forsk. Kedua dua jenis kangkung ini dibezakan dengan melihat saiz daunnya.Daun kangkung darat lebih kecil panjang dan runcing dihujung manakala daun kangkung air lebar.

Perbezaaan kangkung darat dan kangkung air adalah seperti berikut:

Tanaman yang mempunyai tempoh penanaman yang pendek ini diantara 28 hari hingga 35 hari.Ianya ditanam di seluruh Malaysia dan dijual dengan harga RM 0.50 hingga RM 0.80 sekilogram pada harga ladang.Ianya dijual dimana mana pasar harian, kedai runcit atau pasaraya seperti Tesco atau Giant dalam bentuk yang telah diikat dan dipek dalam bungkusan.

Pada tahun 2013, Jabatan Pertanian Malaysia melaporkan sebanyak 125 500 tan metric sayuran kangkung ditanam di kawasan seluas 2600 hektar kawasan.Tanaman kangkung menjanjikan satu pulangan pendapatan yang mewah sekiranya diusahakan secara bersungguh sungguh kerana permintaan terhadap sayur kangkung ini sangat tinggi di pasaran.Kangkung biasanya dimasak tumis goring bersama perencah seperti ikan bilis, cili padi dan belacan.Ianya pasti enak dinikmati dan menjadi juadah kegemaran sekeluarga.

Sayuran kangkung mempunyai khasiat nutrisi yang tinggi dan baik terhadap kesihatan tubuh badan manusia.Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, fosforus dan karoten. Selain itu, kangkung mempunyai kandungan zat besi yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru paru ke seluruh sistem badan.Oksigen juga memabntu pembentukan hemoglobin dan mencegah terjadinya penyakit anemia darah.

Pelbagai vitamin yang membantu memberikan kesihatan yang baik.Vitamin C di dalam sayur kangkung baikuntuk mencegah penyakit kanser, memelihara kesihatan kulit serta mengawal penyakit diabetes.Selain itu, Vitamin A dari sayur kangkung pula membantu dalam penyem buhan luka, menjaga kesihatan mata dan membantu pembentukan sperma. Kandungan serat yang tinggi membantu proses penghadaman dan melancarkan sistem percernaan tubuh badan. Ianya sangat sesuaibagimereka yang sedang berdiet kerana serat yang terkandung didalamnya membantu memberikan rasa kenyang walaupun sekejap.

Bagi ibu ibu yang menyusukan bagi, pemakanan sayur kangkung akan menyebabkan penambahan air susu dan melancarkan proses penyusuan serta mencegah terjadinya sembelit dikalangan ibu hamil. Sayuran yang mudah dan murah ini pasti memberikan 1001 khasiat yang berguna kepada semua.Para suri rumah juga boleh menanam sayur kangkung disekeliling rumah atau di dalam pasu pasu kecil.Ianya sangat mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ianya hanya perlu disiram atau ia boleh tumbuh subur ketika musim hujan.
Benih boleh didapati dari mana mana kedai pertanian atau menanam keratan batang (vegetatif) ke dalam tanah lalu disiram.Dalam tempoh kurang dari sebulan, para suri rumah boleh memetik sayur kangkung sendiri. Ianya pasti mendatangkan pendapatan yang lumayan selain ianya lebih selamat dari penggunaan racun serangga yang berbahaya.

CIRI CIRI MORFOLOGI KANGKUNG

Jadual berikut menerangkan mengenai ciri ciri umum sayur kangkung:

KEPERLUAN ASAS & SEMAIAN

Sayur kangkung boleh hidup subur di pelbagai jenis tanah asalkan tanah tersebut menerima pancaran matahari lebih 6 jam, kaya dengan mineral serta mempunyai saliran air yang baik. Akan tetapi pengusaha mesti mengenali jenis kangkung yang hendak ditanam kerana keperluan air yang berbeza beza bagi kedua dua jenis kangkung. Kangkung darat tidak memerlukan air yang banyak dan ia boleh hidup subur pada mana mana tanah tetapi kangkung air memerlukan kawasan berair. Sebaiknya air tersebut adalah air yang mengalir supaya pergerakan mineral yang diserap oleh akar kangkung boleh berubah ubah.

Bagi penanaman kangkung darat, tanah perlu dibajak dan digembur sedikit bagi menaikkan kandungan mineral tanah. Campuran baja tahi ayam yang digaul ke dalam tanah pada kadar 200kg bagi 1 ha tanah memadai untuk membantu menjadikan tanah tersebut lebih subur. Proses pengaulan baja organic ini dilakukan seminggu sebelum semaian dilakukan.

2 kaedah semaian yang sesuai adalah dengan semaian mengggunakan biji benih atau keratan batang.Pengusaha yang menggunakan kaedah semaian terus biji benih boleh terus memasukkan biji benih kangkung ke dalam lubang sedalam 1 inci yang telah dibuat diatas batas.Saiz lebar batas adalah kira kira 1 meter bergantung kepada kawasan pengusaha.Jarak tanaman antara 1 lubang ke satu lubang kangkung adalah 15 ke 20 cm sahaja.Biji benih kangkung bersifat cepat bercambah kira kira 3 atau 4 hari. Kadar peratusan percambahan bagi semaian menggunakan biji benih adalah tinggi. Siraman air yang berterusan serta baja yang diberikan membekalkan nutrient yang seimbang akan mempercepatkan proses tumbesaran kangkung.

Bagi keadah semaian melalui keratan batang pula, pengusaha perlu mengerat bahagian akar ke batang kangkung kira kira 12 inci.Kemudian, akar tersebut disemai terus ke atas batas tanaman dan dibekalkan air setinggi 6 inci secara pengaliran yang perlahan.Semaian perlulah condong 45O bagi mempercepatkan percambahan dan tumbesaran akar dan pucuk kangkung.Ketika pembajaan dilakukan, pengaliran air kepada kawasan tanaman perlu dihentikan supaya nutrient baja boleh diserap oleh akar bagi membantu tumbesaran pokok kangkung. Siraman dilakukan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang

PEMBAJAAN & PENCEGAHAN PENYAKIT

Tanaman kangkung memerlukan pembajaan secara organic dan tak organic. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan kepada tanaman seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima pada kadar 40 gram sepokok. Pengusaha juga boleh menabur baja butir dengan anggaran 40gram atau 50 gram bagi setiap pokok seminggu sekali pada awal pagi. Pastikan pemberian air tidak putus kerana ia akan membantutkan tumbesaran pokok kangkung.

Aktiviti merumpai juga dilakukan selang seminggu dengan mencabut anak anak rumput kecil yang tumbuh disekeliling kangkung. Jika dibiarkan rumput ini akan memakan baja yang diberikan dan ianya akan menjadi lebih sihat dan subur berbanding pokok kangkung.

Melalui pengalaman pengusaha pengusaha tanaman kangkung, mereka mendapati bahawa tanaman kangkung jarang diserang penyakit kecuali beberapa serangga seperti kumbang kecil (kepinding) atau penyakit karat putih yang boleh dikesan pada daun kangkung.Sekiranya kumbang kepinding ini dijumpai, pengusaha hanya perlu kutip, buang dan musnahkan kumbang tersebut.Penyakit karat putih itu boleh dikawal dengan amalan penggiliran tanaman atau amalan pertanian yang baik.

PENUAIAN & PASARAN

Tempoh penanaman kangkung adalah singkat kira kira 3 atau 4 minggu sahaja.Petanda kematangan tempoh penuaian kangkung adalah apabila kangkung mula menjalar dan memanjang.Pada tempoh ini, batang kangkang sangat ranggup dan boleh dipatahkan dengan mudah.Bagi pengusaha yang ingin menuai kangkung, ianya boleh dilakukan dengan mencabut pokok kangkung bersama bahagian akarnya. Manakala jika ingin dijadikan semaian keratan batang untuk musim penanaman seterusnya, pengusaha perlu mengerat kira kira 6 inci dari paras akar.

Sayur kangkung yang telah dituai perlu dibersihkan bahagian akarnya yang terkena tanah. Kangkung akan diikat dengan getah pembungkus dan dibungkus dengan surat khabarlembap sedikit bagi memelihara kesegaran sayuran dan menggelakkannya menjadi kering dan layu. Sayur kangkung boleh bertahan sehingga 5 hari hingga 7 hari didalam bilik bersuhu diantara 130C hingga 150C.

This entry was posted in penanaman sayur and tagged , , . Bookmark the permalink.