PEMPROSESAN KUACI BUNGA MATAHARI

Kunci merupakan satu makanan ringan atau jajan yang berhantu.

Rupanya kecil tetapi apabila kita start makanan memang tak akan berhenti selagi tidak habis.

Setuju atau tidak?

Siapa setuju boleh teruskan dengan pembacaan. Manakala bagi mereka yang tidak setuju boleh teruskan baca juga.

Kuaci merupakan biji tanaman.

Dan kebiasaanya kuaci akan dibuat daripada biji bunga matahari atau pun biji labu serta tembikai.

Kuaci yang mudah diperolehi adalah daripada biji bunga matahari.

Senang kata kita makan benih bunga matahari sebenarnya.

Tetapi sejujurnya memang leka terutama jika dimakan ketika sedang bermain game , menonton tv ataupun juga sebagai sajian ketika melepak bersama kawan-kawan.

Selama ini kita asyik makan kuaci sahaja tetapi bagaimana kuaci diproses.

Berikut adalah cara dan bagaimana kuaci diproses home made secara mudah.

BAHAN UNTUK MEMBUAT KUACI

Biji bunga matahari / tembikai / labu
Air kapur
Garam
Kayu manis
Serai
Pandan

CARA MEMBUAT

1. Masukkan biji bunga matahari yang belum dikupas (masih berkulit) dalam mangkuk. Tuangkan air secukupnya untuk merendam biji. Biji bunga matahari akan menyerap sebahagian air yang akan mencegah biji agar tidak terlalu kering sewaktu proses memanggang.Pada peringkat ini boleh juga dimasukkan pandan dan serai wangi sebagai penaik rasa.

2. Tambahkan garam ke dalam air tersebut. Biarkan biji bunga matahari terendam dalam air garam semalaman. Ini membuat biji bunga matahari terasa asin hingga ke isi dalam. Jika tidak mahu rasa masin, sila baikan langkah ini.

3. Tapis dan buang air garam dan tepuk kering biji bunga matahari menggunakan tisu untuk menyerap air.

4. Panaskan oven pada suhu 300ºF/150ºC. Sebarkan biji bunga matahari di atas loyang yang sudah dilapisi dengan kertas roti dalam satu lapisan (jangan bertindih-tindih).

5. Masukkan biji bunga matahari ke dalam oven. Panggang biji selama 30-40 menit sampai kulitnya berwarna coklat keemasan. Kulit biji bunga matahari juga akan retak sedikit di bagian tengah selagi dipanggang.

6. Siap. Bagi menambah keenakkan lagi, kuaci boleh dicampur dengan mentega sewaktu keluar daripada oven. Kemudian anda boleh sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba dan makan kuaci home made buatan sendiri.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in bunga matahari, Kuaci and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply