Jenis Jenis Hormon Perangsang Bunga

1. Hormon Auksin

Hormon auksin dijumpai oleh Frits Went di dalam satu eksperimen kesan pucuk tanaman pada cahaya, di mana pucuk membengkok ke arah cahaya.

Antara hormone auksin yang banyak digunakan adalah IAA atau inol asetat asid. Hormon IAA dapat merangsang pembentukan bunga dan juga buah.

2. Hormon Giberelin

Hormon Giberelin atau GA ini dapat merangsang agar tanaman lebih cepat untuk berbunga.

Hormon GA turut digunakan untuk menghilangkan biji di dalam buah terutama untuk tanaman anggur.

Hormon GA juga digunakan secara meluas pada tanaman strawberi dan nenas bagi mengalakkan proses aruhan bunga.

Cara Memberikan Hormon Yang Betul

Pemberian hormon yang betul dapat memberikan kesan yang dimahukan dan tidak berlakukan pembaziran bahan.

Kebanyakan pengusaha menyembur hormone secara langsung kepada tanaman sehingga ke media dan tanah.

Sebelum melakukan semburan hormone, kepekatan hormon perlulah betul dan tepat. Semburan ditumpukan pada bahagian pucuk atau tunas.

Usia dan peringkat pembesaran tanaman juga penting kerana paras kandungan hormon auksin dan sitokinin di dalam tanaman sendiri adalah berbeza.

Kandungan hormon – hormon yang berlebihan di dalam tanaman akan memberikan kesan negative kepada semburan hormon tadi sekaligus melambatkan proses pendebungaan.

Sebab itu banyak terjadi di mana kita sudah spray hormon tetapi pokok kita tidak berbunga.

Cara paling mudah dan umum bagi mengenal pasti paras kandungan hormone di dalam tanaman adalah dengan melihat pertumbuhan tunas.

Apabila tanaman ada tunas yang sedikit menunjukkan paras hormone auksin yang tinggi berbanding hormone yang lain.

Begitu sebaliknya jika tanaman tumbuh mempunyai tunas yang banyak menunjukkan paras sitokinin yang tinggi.

Hormon bukanlah baja.

Semburan hormone haruslah diikuti dengan pemberian baja yang betul bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Hormon juga dapat dicampurkan oleh beberapa komponen lain seperti mineral, vitamin, amino asid, enzim, dan organik lain dapat menambah pertumbuhan tanaman serta baik untuk tanaman berbunga dan berbuah.

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Hormon and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply