TEKNOLOGI PENANAMAN PISANG SECARA FERTIGASI

Pisang atau Musa paradisiaca merupakan sejenis tanaman kontan yang memberikan hasil lumayan dengan pengurusan yang tepat. Pisang ditanam secara komersial di Malaysia. Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada sektor isi rumah dan perusahaan, bekalan pisang sentiasa tidak mengcukupi terutama apabila tibanya musim perayaan. Tanaman pisang kaya dengan zat dan khaisat yang menjadikannya pencuci mulut utama selepas makan.

Penanaman pisang secara konvensional sering menghadapi masalah pengeluaran hasil yang rendah serta tidak konsisten. Kaedah pembajaan yang tidak konsisten juga menjadikan pungutan hasil tanaman tidak seragam serta lambat. Tanaman pisang secara konvensional juga mendapat kuantiti air yang tidak sama, bahkan terdapat sesentengah pengusaha hanya bergantung kepada air hujan sahaja. Masalah ini menyebabkan pembesaran pokok pisang menjadi tidak sama seterusnya menganggu proses penuaian. Teknologi penanaman pisang secara fertigasi merupakan salah satu teknik alternatif kepada pengusaha pisang dalam mengatasi masalah ini.

Teknologi fertigasi merupakan satu kaedah di mana proses pembajaan (fertilization) dan pengairan (irrigation) berjalan serentak terus ke akar tanaman menggunakan sistem pengairan titis. Teknologi ini telah terbukti berkesan di dalam meningkatkan hasil tanaman cili, cili padi, terung, melon dan tomato. Teknologi fertigasi juga semakin mendapat permintaan yang tinggi daripada pengusaha sayur-sayuran. Aplikasi teknologi fertigasi di dalam penanaman pisang juga telah terbukti dapat meningkatkan hasil serta membantu di dalam penyeragaman tuaian buah pisang. Teknologi penanaman pisang ini telah banyak dipraktikalkan di luar Negara seperti China, Thailand dan Taiwan. Cuma di Malaysia teknologi ini masih di peringkat pengenalan.

KAEDAH PENANAMAN

Sebelum penanaman pisang secara fertigasi dilakukan, pengusaha perlu memastikan bekalan air sentiasa mengcukupi di ladang. Bekalan air yang mengcukupi adalah penting di dalam penanaman pisang secara fertigasi. Pelbagai sumber air boleh digunakan termasuk air bawah tanah, kolam, lombong dan sungai. Walaubagaimana pun, pengusaha perlu memastikan pH air yang digunakan di dalam lingkungan 5.5 – 6.5. Selain daripada itu, pastikan sumber air tidak mengandungi sebarang galian.

Persediaan tanah bagi penanaman pisang secara fertigasi adalah sama dengan kaedah penanaman secara konvensional cuma bagi sistem fertigasi, sistem pengairan perlu dipasang sebelum anak pokok pisang dipindahkan ke barisan tanaman. Kos pemasangan sistem pengairan ini adalah kos pembangunan ladang yang berlaku sekali sahaja. Sistem pengairan titis digunakan bagi membekalkan larutan baja dan air ke pokok pisang. Pengairan titis diletakkan di pangkal pokok pisang bagi memudahkan serapan nutrien baja oleh akar pokok.

Screen Shot 2016-05-03 at 00

Larutan baja fertigasi yang digunakan adalah dirumuskan untuk tanaman pisang. Formulasi baja pisang fertigasi mengandungi unsur makro dan mikro nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman pisang. Manakala kekerapan pembajaan dan kepekatan baja adalah mengikut usia dan peringkat pertumbuhan pokok pisang di ladang. Pemberian larutan baja diselang – seli dengan air biasa bagi membantu pertumbuhan pokok pisang. Penggunaan baja fertigasi pisang ini telah terbukti dapat meningkatkan hasil tanaman pisang fertigasi (34 mt / ha) berbanding kaedah konvensional (27 mt / ha). Walaubagaimana pun hasil tanaman pisang adalah bergantung kepada varieti pisang yang ditanam. Apa yang lebih penting, teknologi ini dapat membantu di dalam menyeragamkan masa tuaian pokok pisang di ladang. Ini dapat memudahkan urusan penuaian dan pemasaran pisang oleh pengusaha.

KESIMPULAN

Teknologi pisang secara fertigasi dapat menjadi satu pilihan alternatif kepada pengusaha tanaman pisang di dalam meningkatkan hasil tanaman. Teknologi ini telah terbukti berkesan di dalam meningkatkan hasil tanaman pisang berbanding kaedah konvensional. Ini dapat meningkatkan pendapatan pengusaha dengan kos yang terkawal. Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi email admin@myagri.com.my.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi, Pisang and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply