Sijil MyOrganic Untuk Pengusaha Sayuran Organik

Sebelum ini, pensijilan yang mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik dikenali sebagai SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM) yang diperkenalkan pada tahun 2004. Namun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat pembaharuan dalam SOM dengan menambah dua elemen baru selain pertanian iaitu ternakan dan akuakultur. SKIM ORGANIK MALAYSIA juga telah ditukarkan kepada Malaysia Organic (MyOrganic) pada tahun 2015. Pengiktirafan MyOrganic diberi kepada ladang-ladang yang mematuhi Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based Organically Produced Food-requirements For Production, Processing, Handing, Labeling and Marketing.

malaysia-18f1

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani galak mempromosikan pertanian organic apabila menyedari sistem pertanian konvensional mengakibatkan pencemaran alam sekitar sementara pertanian organik mampu mengekalkan kelestarian sumber semulajadi, mengekalkan kesuburan tanah dan keseimbangan ekosistem serta meminimakan kesan kerosakan kepada alam sekitar. Tambahan pula, produk pertanian organik terbukti lebih sihat, selamat dan mengandungi nutrisi yang jauh lebih baik dari hasil pertanian konvensional. Hal ini kerana pertanian organik tidak menggunakan baja sintetik dan racun serangga yang menyumbang kepada peningkatan residu kimia pada hasil pertanian. Pertanian organik sudah berkembang pesat di Negara-negara seperti US, Korea,Taiwan dan Jepun namun di negara ini pertanian organik masih ditahap perlahan. Apa pula kelebihan mendapat pengiktirafan MyOrganic?

Antara kelebihanya ialah:-
1. Mendapat perhatian daripada pengguna
2. Hasil pertanian mudah dikenali
3. Meningkatkan hasil perniagaan
4. Peluang untuk memasarkan produk pertanian organik ke pasaran antarabangsa

Pengiktirafan MyOrganic hanya diberikan kepada ladang-ladang yang menepati kriteria yang digariskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Berikut adalah kriteria yang bakal dinilai bagi mendapatkan pengiktirafan MyOrganic.

1. Tapak: Tapak penanaman mestilah strategik, jauh daripada sumber pencemaran dan sejarah penanamannya diketahui. Bagi tapak penanaman yang mempunyai sejarah jangkitan penyakit pokok, kawasan tersebut mestilah dibersihkan dan dirawat dengan sewajarya sebelum meneruskan dengan penanaman lain.

2. Analisis bagi residu racun perosak, logam berat dan mikroorganisma: penggunaan racun perosak perlu dieakkan dalam pertanian organic. IPM (Intergrated Pest Management) boleh diamalkan bagi mengawal serangga perosak. Penggunaan racun serangga dan kulat adalah penyelesaian yang terakhir. Dengan itu, kadar residu racun perosak pada hasi pertanian dapat diminimumkan.
Analisis logam berat seperti merkuri, lead dan cadmium dalam hasil pertanian amat penting kerana ianya merbahaya kepada pengguna.

Pemeriksaan mikroorganisma penting untuk memastikan produk pertanian berkenaan bebas daripada bakteria dan kulat terutamanya kulat yang menghasilkan spora seperti Fusarium sp., Colletotrichum sp. dan Rhizoctonia sp. yang boleh membahayakan keselamatan pengguna.

3. Audit amalan ladang: segala rekod perlu disimpan bagi tujuan audit bermula dari kaedah penanaman, pembajaan, sistem irigasi, kawalan perosak, kaedah penuaian, kaedah pengendalian lepas tuai, tanggungjawab terhadap keselamatan pekerja semua akan dinilai.

Permohonan MyOrganic boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh didapati daripada portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (www.moa.gov.com.my) atau di pejabat pertanian daerah atau di pejabat pertanian negeri. Tempoh kelulusan permohonan adalah 24 bulan. Berikut adalah carta alir proses permohonan MyOrganic.

picture1

Pertanian organik secara praktikalnya memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan terdapat tugas-tugas sampingan seperti menyediakan baja kompos, tinja haiwan dan pengkomposan menggunakan mikrob berfaedah. Penggunaan input luar adalah sangat minima dalam pertanian organik. Oleh kerana perlaksanaan yang agak rumit berbanding pertanian konvensional, kebanyakan pengusaha memandang sepi seruan kerajaan untuk memajukan pertanian organik. Pihak kementerian pertanian perlu mengkaji semula bantuan yang perlu diberikan kepada pengusaha pertanian organik sebagai inisiatif untuk menarik minat pengusaha dalam memajukan pertanian organik.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in penanaman sayur, Pertanian Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply