Penternakan Burung Puyuh

Burung puyuh adalah antara burung yang terkenal di Malaysia terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kampung. Terdapat lima spesis umum burung puyuh iaitu Burung Puyuh Batu (Coturnix chinensis), Burung Puyuh Gonggong (Arborophila javonica), Burung Puyuh Jepun(Coturnix japoniica), Burung Puyuh Mahkota (Rollulus roulroul) dan Burung Puyuh Tanah (Turnix suscitator).

Burung puyuh asalnya hidup dikawasan hutan,ladang pertanian,sawah kering atau semak belukar. Ianya bersifat pemalu, liar, bergerak pantas dan mudah terkejut. Burung puyuh ternak terdiri daripada dua jenis iaitu burung puyuh pedaging dan burung puyuh penelur. Antara spesies burung puyuh ternak yang terkenal di dunia adalah  American Bobwhite ,California quail, Common Quail, Rail Quail dan Chinese Painted Quail.

picture1

Bagi burung puyuh jenis telur, berikut adalah kadar penghasilan telur dalam tempoh setahun:

Jenis                       Asal                  Telur Setahun
Conturnik Japonica         Jepun                  250-280 biji
Japanese Seatle             Amerika Syarikat     240-260 biji
Japanese Taiwan             Jepun/Taiwan           220-250 biji                            
Puyuh Putih                 India                  220-250 biji
Kacukan Tempatan       Tempatan               220-250 biji

Telur burung puyuh merupakan sumber makanan yang sangat berkhasiat. Ianya berkesan mengubati penyakit kulit seperti ekzema dan psoriosis, resdung dan asma. Bukan itu saja, telur burung puyuh juga membantu menstabilkan paras haemoglobin, menyingkirkan batu karang dari hati, ginjal dan hempedu, meningkatkan metabolisme, menyuburkan kelenjar prostat, melancarkan sistem saraf, membaiki fungsi otak, menguatkan imunisasi tubuh dan merawat alahan. Menurut satu laporan kajian yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), perbandingan di antara telur puyuh dan telur ayam, telur puyuh adalah lebih sihat kerana kandungan kolestrol dan lemaknya lebih rendah daripada telur ayam.

picture2

Panduan menternak burung puyuh

Reban: Sebuah reban diperlukan untuk melindungi burung puyuh (sejak kecil sehingga bertelur) dari musuh, cuaca buruk dan kawalan penyakit. Reban tersebut dibuat mengikut bilangan burung puyuh yg hendak dipelihara dan mempunyai segala kemudahan yg diperlukan.

ukuran reban       : 12 ka x 10ka  – boleh memuatkan 500 ekor.
                     15 ka x 16 ka- boleh memuatkan 1000 ekor

Reban perlu berada dikawasan yg sunyi serta terlindung dari angin kencang dan terik matahari. Selain itu, kawasan reban hendaklah yg kering dan sentiasa bersih.

Bekas minuman dan makanan: bekas minuman dan makanan perlu di sediakan di dalam reban. Palung plastik dan dulang zink antara yang biasa digunakan.

Makanan: berikut adalah jenis makanan yang diberi mengikut kesesuaian umur burung puyuh.

Umur                                     Jenis Makanan
umur 1 hari-14 hari                   Broiler starter mesh
umur 15-52 minggu                   poultry layer mesh
atau
umur 1 hari-14 hari                   Broiler starter mesh
umur 15-35 hari                       poultry layer mesh
umur 36 hari-52 hari                 quail layer mesh

Putara jumlah makanan bagi seekor burung puyuh adalah 35 gm sehari.

Tempoh tuai hasil

Bagi burung puyuh pedaging boleh dijual mulai umur 30 hari mengikut saiz atau berat badan yang dikehendaki. Manakala bagi Burung puyuh betina, ianya mula bertelur ketika umur 40-42 hari dan bertelur 75% pada pukul 4-7 malam dan baki selepas 7 malam. Anggaran pengeluaran telur maksimum ialah 93% dan akan terus bertelur pada tahap 60% selama 1 tahun.

Kawalan penyakit

Penyakit yang disebabkan oleh Virus ialah quail bronchitis, marek’s disease, Avian, Encephalomyelitis, Newcastle disease dan Avian Influenza. Penyakit yang disebabkan oleh Bacteria pula ialah ulcerative enteritis, Salmonellosis, Staphalococcosis dan Colibacillosis. Akhir sekali penyakit yang disebabkan oleh Penyakit Parasit ialah Coccidiosis, Hexamitiasis, Histomoniasis dan Helminthiasis. Menjaga kebersihan reban adalah cara terbaik untuk mengawal penyakit.

Penternakan puyuh pada masa ini masih ditahap kecil – kecilan kerana masih ramai yang beranggapan penternakan ini sukar untuk mencapai ketahap komersial. Kebanyakan penternak puyuh masih mengamalkan cara penternakan tradisional. Masalah yang sering dihadapi oleh penternak adalah bekalan benih puyuh yang sangat terhad. Penternak baka induk puyuh perlu mencari inisiatif untuk meningkatkan penghasilan baka puyuh agar dapat memenuhi permintaan pasaran.

  

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Burung Puyuh and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply