Penanaman Baby Corn

Baby Corn…Apakah itu baby corn?

Rasanya semua orang mesti pernah makan baby corn.

Tetapi tahukah anda bagaimana baby corn ditanam di ladang.

Baby corn merupakan jagung (Zea mays), terutama jagung manis.

Lebih tepat lagi tongkol jagung muda yang dituai dari pokok jagung awal.

Baby Corn adalah sejenis bahan sayuran yang sangat popular dalam masakan seperti Tomyam, Sup Sayur, Sayur Capcai dan banyak lagi.

Baby corn ini sangat popular di dalam hidangan yang disediakan di restoran dan Hotel-hotel.

Sebenarnya baby corn adalah hasil sampingan kepada petani atau penanam jagung kerana ianya memang ada pada pokok jagung.

Bilangan baby corn sepokok dan saiznya bergantung kepada varieti jagung yang di tanam.

Pada masa ini Thailand, Taiwan dan China merupakan pengekspot utama baby corn keseluruh dunia dalam bentuk baby corn segar atau pun baby corn dalam tin.

Antara varieti jagung manis yang ditanam di Malaysia untuk penghasilan baby corn ialah seperti Thai Super Sweet (TSS), Jagung Big Fruit 926, Jagung White-Yellow 723, Jagung Yellow 928 dan Hibrid F1 (1000 dan Hibrid 1001).

Kebiasaanya, tanaman jagung manis boleh dituai dalam masa 3 bulan.

Kaedah penanaman baby corn adalah sama dengan penanaman jagung manis cuma berbeza pada waktu panennya.

Manakala tanaman jagung akan mula berbunga selepas 4-6 minggu ditanam atau lebih awal.

Putik Jagung (Baby Corn) yang berukuran 5 – 10 cm panjang atau 10- 20 mm garis pusat sesuai di petik.

Proses menuai baby corn perlu dilakukan tepat pada masanya, selepas 5 hari proses pengisian susu (Milking stage).

Selepas itu biji jagung akan terbentuk dan akan menjadi jagung muda.

Pastikan memetik baby corn selepas berlakunya proses pendebungaan dan peringkat pengisian susu jagung.

Ini penting bagi memastikan rasa dan kualiti baby corn yang manis.

Peringkat ini tongkol jagung masih lembut dan manis jika di makan mentah.

Tongkol baby corn dituai menggunakan tangan dan dikumpulkan di dalam bakul.

Selaput hijau iaitu kulit paling luar serta beberapa lapisannya dibuang dan potong 50% bahagian atas selaput jagung sehingga 1/4 bahagian.

Ada juga kaedah lain yang ‘togelkan’ terus kulit baby corn mengikut kehendak dan keperluan pasaran.

Kebiasaanya untuk pasaran segar baby corn disusun dalam satu bungkusan 4 – 5 batang yang dijual pada harga ladang sekitar RM 2.00 satu peket.

Baby Corn perlu dipasarkan segera kepada pengguna untuk mempastikan kesegarannya.

Jika hendak disimpan dalam peti sejuk, baby corn boleh tahan selama seminggu.

Kandungan pemakanan Baby corn adalah seperti berikut:

Kalori : 355 kalori
Protein : 9.2 g
Lemak : 3.9 g
Karbohidrat : 73.7 g
Kalsium : 10 mg
Fosfor : 256 mg
Ferrum : 2.4 mg
Vitamin A : 510 SI
Vitamin B1 : 0.38 mg
Air : 12 g

(untuk setiap sajian 100 gram)

Selamat mencuba menanam baby corn!

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply