SIJIL FITOSANITASI

Apakah keperluan utama sekiranya kita ingin mengeksport hasil kayu kayan , herba atau apa apa tumbuhan ke luar Negara? Adakah senang semudah ABC bagi pihak syarikat pengeluaran membungkus dengan cantik hasil tumbuhan seperti kayu gaharu, tongkat ali, cendawan dan lain lain dan dieksport ke luar negara menggunakan perkhidmatan kargo penerbangan atau kapal laut.

Ramai pihak yang masih tidak mengetahui bahawa setiap pengeksportan komoditi pertanian ke luar negara memerlukan satu sijil perakuan atau disebut sijil fitosanitasi sebagai satu keperluan utama yang memenuhi kehendak negara pengimport.

Sijil fitosanitasi adalah satu sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia setelah mendapat pengiktirafan dari FAO iaitu Organisasi Kebangsaan Perlindungan Tumbuhan (National Plant Protection Organization – NPPO). Ianya juga merupakan satu sijil mengenai kesihatan tumbuhan yang dikeluarkan oleh negara pengeksport sebagai perakuan atau pengesahan bahawa rawatan atau keperluan-keperluan yang dinyatakan di dalam permit import dipatuhi.

Ianya telah berkuatkuasa sejak tahun 1951 apabila semua negara peserta Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Tumbuhan telah bersetuju bahawa setiap hasil tumbuhan yang ingin dieksport ke luar negara perlulah diisthiharkan dan dilampirkan sekali sijil phytosanitasi. Melalui Artikel V Konvensyen tersebut, satu model persijilan IPPC; International Standard Phytosanitary Measures 12 (IPSM 12) telah didaftarkan dipatenkan supaya setiap negara terlibat boleh mengikut semua peraturan yang terkandung di dalam proses pengeluaran sijil fitosanitasi.

Tujuan utama pengeluaran sijil fitosanitasi ini adalah untuk menghalang kadar kemerebakan perosak dan penyakit tumbuhan melalui perdagangan atau pergerakan tumbuhan, hasil tumbuhan dan artikel kawalan di peringkat antarabangsa (sumber: Jabatan Pertanian Malaysia). Keadaan ini berlaku kerana melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jangkitan penyakit. Serangga perosak yang dikhuatiri bersembunyi di dalam tumbuhan dan tidak aktif dalam keadaan tertentu. Namun begitu, apabila berada di dalam suhu atau kelembapan yang tertentu, seranggan perosak atau mikrobacteria akan mudah membiak dan akhirnya mendatangkan mudarat kepada manusia dan haiwan yang lain. Oleh sebab itu, sijil perakuan phytosanitasi dijadikan satu platform pencegahan penyebaran serangga perosak ke negara lain.

Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Akta Kuarantin 1976 dan Peraturan Kuarantin 1981 telah mengariskan peraturan dan penguatkuasaan dalam pelaksanaan dalam pengeluaran sijil phytosanitasi ini. Ianya bukan satu proses yang mudah kerana ianya suatu peraturan dan pengistiharan yang melibatkan tanggungjawab yang besar. Kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab bagi melindungi setiap hasil tumbuhan dan tumbuhan yang hendak dieksport ke luar negara. Ianya bersesuaian dengan kerpeluan fitosanitasi antarabangsa yang telah ditetapkan.

SISTEM MyPhyto

Jabatan Pertanian Malaysia telah memperkenalkan satu system Myphyto bagi memudahkan pihak pengeluar untuk mendapatkan sijil fitosanitasi ini secara atas talian (online) dengan lebih mudah, pantas dan menjimatkan masa. Pihak pengeluar adalah seperti pengeluar tumbuh- tumbuhan yang mempunyai tapak sendiri, atau pengeluar tumbuh tumbuhan yang mengumpulkan tumbuhan dari premis yang lain dan mempunyai rumah pembungkusan sendiri. Selain itu, pihak pengumpulan hasil pertanian dan mempunyai premis pembungkusan dan kilang pemprosessan pengeluarkan pertanian juga termasuk di dalam kategori pihak pengeluar dan layak untuk memohon system MyPhyto ini.

Mereka hanya perlu mengakses permohonan tersebut dengan malayari laman web Malaysia Phytosanitary Certificate Sistem yang ditadbir oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Pengguna akan diminta untuk mengisi borang yang dinyatakan di laman web tersebut dan membuat pembayaran secara pemotongan kad debit atau kad kredit, dan sijil fitosanitasi akan dikeluarkan secara atas talian.

Pihak pengeluar tidak lagi perlu mengisi borang secara manual dan menghantarnya ke pejabat pertanian. System Myphyto ini lebih menyenangkan dan semua maklumat dan data dari pihak pengeluar boleh didapati dengan pantas, tepat dan seragam. Pihak pengeluar perlu mendaftar log masuk ke dalam system Myphto terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat yang diminta. Gambar mengenai produk yang hendak dieksport ke luar negara perlu diselit atau dilampirkan dan maklumat produk, nama botani tumbuhan, negara pengimport dan rawatan kuarantin dinyatakan dengan jelas supaya pihak penguatkuasa boleh mendapatkan maklumat mengenai pengeksportan hasil tumbuhan tersebut.

Apa yang paling penting, pihak pengeluar juga perlu mengemukan PERMIT IMPORT dari pihak kuarantin dan perlindungan tumbuhan negera pengimport. Permit import ini diperoleh dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Ianya sangat penting bagi memastikan semua tumbuhan, binatang, ikan, tanah dan makanan yang diimport dan dieksport ke luar Malaysia adalah mematuhi aspek kesihatan dan keselamatan makanan melalui penguatkuasaan undang undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan prermis kuarantin (sumber: MAQIS)

SISTEM PERAKUAN MPCA

Jabatan Pertanian Malaysia dengan kerjasama MAQIS telah mewujudkan satu skim perakuan pensijilan fitosanitasi Malaysia (MPCA) dengan tujuan memudahkan pihak pengeluar seperti pemilik ladang dan tapak semaian, pusat pembungkusan dan kilang pemprosesaan hasil pertanian yang telah diperakui oleh MPCA untuk mendapatkan atau memohon sijil fitosanitasi tanpa perlu pemeriksaan MAQIS dipejabat mereka. Proses perdagangan hasil tani yang memenuhi kehendak fitosanitasi boleh dipercepat dan dipermudahkan lagi.
Pihak pengeluar sendiri akan melakukan pemantauan berkala bagi premis tersebut bagi memastikan premis dibawah kawalan perosak atau penyakit yang sistematik. Sebarang dokumentasi untuk perakuan fitosanitasi dan proses pengeluaran sijil ini lebih cepat dan fleksible sekaligus mengurangkan birokrasi. Ianya juga akan menggalakkan penglibatan industri dan pihak berkepentingan dalam pengawalseliaan dan pematuhan langkah fitosanitasi (sumber: Jabatan Pertanian Malaysia)

Kerjasama diantara pihak pengeluar dengan pihak berkepentingan (agensi berkaitan) dimetri dalam perjanjian dua hala dan pematuhan terhadap keperluan fitosanitasi negara pengimport perlulah dititikberatkan dalam penghasilan hasil pengeluaran komoditi pertanian yang baik. Amalan Pertanian yang Baik (APB) yang diamalkan oleh pihak pengeluar hasil pertanian memastikan kualiti produk yang ingin dieksport ke luar negara mencapai tahap kualiti terbaik.

Sistem ini memudahkan pihak pengeluar yang telah memiliki sijil fitosanitasi kerana pemeriksaan minimum dikenakan terhadap barangan eksport yang mempunyai jangka hayat yang pendek (perlu eksport segera) dan mudah rosak apabila terdedah ke persekitaran.

PERMOHONAN PERAKUAN MPCA

Pihak pengeluar atau syarikat penghasilan komoditi pertanian perlulah mengisi boring MPCA 1 dan dihantar bersama lampiran yang diminta kepada Urusetia Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin, 50 632 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-2030 1428 / 1429 / 1416 / 1432 dan faks ke talian 03- 2697 7164.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Sijil fitosanitasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply