Tanaman Sawi

Sawi merupakan sayuran yang banyak ditanam dan dijual di pasar harian, pasaraya atau kedai runcit dalam bentuk yang telah diikat dan ditimbang. Kebiasanyaa 1 ikat sawi dijual dengan harga RM 1.00 hingga RM 2.00. Sawi juga merupakan tanaman mudah tanam dan ianya mempunyai tempoh tanaman pendek kira kira 30 hari selepas penanaman.Ianya akan dijual secara segar dan mentah dimana ianya perlu dimasak terlebih dahulu. Tidak sesuai untuk dijadikan ulam ulaman kerana rasa pahit yang terbit dari sayur sawi apabila dimakan. Sawi atau nama spesisnya Brassicaceae spp berasal dari keluarga Brassicaceae.

Terdapat beberapa jenis sawi yang ditanam di Malaysia iaitu :

1. Sawi Hijau (Brassica parachinensis) atau disebut choy sum
2. Sawi Putih (Brassica chinensis var) atau disebut pak choy
3. Sawi Mini (Brassica rapa chinensis) atau disebut bok choy
4. Sawi Bunga (Brassica rapa Cruciferae)

Diantara kesemua jenis sawi yang ditanam dan dijual kepada pasaran, kebiasaannya sawi hijau dan sawi putih menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia.Tanaman singkat ini beoleh ditanam secara komersial diatas tanah secara terbuka atau dibawah struktur pelindung hujan (SPH), ditanam didalam polibeg secara fertigasi atau ditanam menggunakan keadah hidroponik.Kaum ibu juga digalakkan untuk memanam sayuran sawi dikawasan rumah kerana sayuran ini mudah dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Selain itu, ia juga boleh dijadikan taman mini sayuran menggunakan kaedah pertanian bandar (urban farming) yang bertujuan untuk dipasarkan kepada umum bagi menambah pendapatan keluarga.

Sayur sawi biasanya dimasak tumis goreng atau dimasak bersama mee kuning atau bihun. Apabila dimasak, sawi akan mengeluarkan rasa sedikit pahit dan manis. Walaupun begitu, ianya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ramai telah mengetahui tentang khasiat yang tersembunyi di dalam sayur sawi seperti Vitamin A, B, C, E, K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesiu.Akan tetapi masih ramai juga yang tidak gemar untuk makan sayur sawi walaupun ianya telah terbukti dijadikan penawar untuk memelihara jantung.Sawi hijau merupakan sumber alfa linoleat serta lemak omega 3 yang sangat bagus dalam pemeliharaan jantung dan otak.Ianya berfungsi juga melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan tekanan di dalam injap jantung manusia.

Kandungan Vitamin C yang sangat tinggi boleh menjadikan kulit manusia halus dan tidak bermasalah. Selain itu, ia akan meningkatkan sistem imunisasi badan manusia untuk menangani mana mana unsur radikal bebas yang akan menyebabkan penyakit kanser berlaku. Sistem imunisasi tubuh juga akan menghadapi apa juga serangan virus dan bakteria dari memasuki tubuh badan. Selain itu, ianya boleh digunakan sebagai penawar bagi merawat penyakit anemia, mengurangkan kadar kolestrol serta mempercepatkan kadar pembekuan dalam darah semasa luka dengan kehadiran vitamin K.

CIRI CIRI MORFOLOGI

Jadual berikut merupakan ringkasan mengenai ciri ciri umum tanaman sawi.

AKTIVITI PENANAMAN SAYUR SAWI

Sayur sawi boleh hidup subur dikawasan yang mempunyai ciri ciri seperti berikut:

¬ Semua jenis tanah termasuk tanah bris dan tanah mineral. Paling disyorkan tanah gambut dengan kelembapan sederhana
¬ Suhu persekitaran diantara 250C hingga 350C dan menerima pancaran cahaya matahari kira kira 6 jam.
¬ pH tanah diantara 5.5 hingga 7.0 dan tanah perlu digembur dan dibajak bagi menaikkan lagi kandungan mineral yang tersembunyi didalamnya.
¬ Mempunyai saliran air yang baik. Hindarkan pokok dari terendam kerana ia akan mengundang pelbagai jenis serangga perosak dan penyakit.

Batas yang disyorkan adalah berikur 1 meter lebar x 1 meter panjang dan 20 hingga 30 cm tinggi. Batas yang telah digembur perlu ditabur baja organik dan baja kompos 7 hari sebelum aktiviti semaian dilakukan. Sama seperti kaedah pembatasan sayuran bayam dan pokok kekacangan, penggunaan silvershine yang telah ditebuk lubang dengan jarak tanaman 10 cm diantara satu sama lain dilakukan oleh pengusaha bagi memelihara kelembapan tanah dan mempercepatkan proses percambahan biji benih.

Biji benih sawi boleh didapati dari mana mana kedai pertanian yang menjual baja dan biji benih serta racun.Ada beberapa jenis benih yang perlu dirawat dahulu dengan racun kulat seperti Thiram dan ada juga biji benih yang telah diwarat oleh kilang pengeluar biji benih.Penguasa perlu memastikan bahawa perlu atau tidak perawatan racun kulat dilakukan sebelum semaian dengan melihat label di belakang pek bungkusan atau bertanya dengan penjual benih berkenaan.

Terdapat 2 kaedah semaian anak benih sawi.Semaian terus kedalam lubang semaian atau semaian diatas tray semaian.Kedua dua keadah ini memberikan peratus percambahan anak pokok sawi yang tinggi. Bergantung kepada pengusaha kaedah mana yang lebih memudahkan pengusaha dan tidak melibatkan ramai pekerja (kos buruh). Bagi semaian terus diatas batas, lubang tersebut diisi dengan 2 atau 3 biji benih sawi dan kerja kerja penjaranagn dilakukan pada hari ke 10 hingga ke 14 selepas percambahan anak pokok. Anak pokok sawi yang disemai di dalam tary semaian boleh dipindahkan ke dalam lubang tanaman atau polibeg pada hari ke 8 hingga hari ke 10 semaian.

Selepas dipindahkan, siraman dilakukan 2 atau 3 kali sehari dan pastikan semua tanah tanaman adalah basah. Penggunaan siraman renjis, manual atau sistem fertigasi boleh dilakukan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Proses penyiraman dilakukan dengan menggunakaan air bebas klorin dan jika terputus bekalan air kepada tanaman, pengusaha perlu segera mencari jalan alternatif dan melakukan siraman ke atas anak pokok sawi bagi menghindarkan tanaman menjadi layu , keekringan dan mati akibat kepanasan dan kekurangan air. Kejadian kekurangan air boleh membantutkan dan merencatkan proses pembesaran dan kesihatan pokok sawi.

Aktiviti mencabut rumput dilakukan seminggu sekali bagi mengelakkan persaingan berlaku diantara rumput dan pokok sawi bagi mendapatkan cahaya matahari, karbon dioksida dan baja. Rumput tidak mudah tumbuh jika tanah tidak terlalu basah dengan kandungan air yang banyak.

PEMBAJAAN & KAWALAN PENYAKIT

Pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi dilakukan seawall minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman. Pemberian baja tersebut pada kadar 40 gram hingga 50 gram sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Pemberian baja dihentikan ketika hari hujan kerana baja akan mudah terlarut dan meresap ke dalam tanah tetapi akar pokok tidak sempat untuk menyerapnya. Serangga perosak yang biasa menyerang tanaman sawi adalah Ulat Ratus, Ulat Pangkas dan Kumbang Lenting.kesemua ulat ini akan memakan bahagian daun dan batang sehingga menyebabkan daun berlubang dan berbintik bintik. Penggunaan racun pada kelas yang rendah diperlukan bagi mengatasi masalah ini kerana semburan racun pada kelas yang berbahaya mungkin akan memberikan kesan kepada kesihatan manusia. Semburan racun seperti Malathion dan Benomyl pada kadar 30ml kepada 20 liter air disembur kepada tanaman selang seminggu bagi mengatasi masalah serangan makhluk perosak ini. Semburan racun dihentikan 7 hari sebelum aktiviti penuaian dilakukan.

PENUAIAN & PASARAN

Sayur sawi boleh dituai dalam masa 28 hari atau 30 hari selepas pemindahan anak pokok. Pengusaha boleh memetik sawi dengan cara memotong bahagian pangkal pokok yang paling hampir dengan tanah menggunakan pisau yang tajam. Akar tersebut dibiarkan mereput menjadi baja kompos di atas permukaan tanah.Kumpulkan sawi yang telah dituai di dalam bekas bekas besar da n kotoran yang melekat pada daun dan batang sawi dibersihkan menggunakan air bersih.

Sawi boleh bertahan lama dalam masa 10 hingga 14 hari jika dijaga dalam suhu yang terkawal iaitu 100C. Proses prapenyejukan dilakukan kepada sayur sawi dengan merendam sawi ke dalam air sejuk bersuhu 50C bagi mengekalkan kualiti kesegaran sawi. Sawi perlu dibungkus menggunakan plastic lutsinar berlubang bagi membolehkan pengudaraan berlaku dan bagi mengelakkan sawi menjadi busuk dan rosak.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in penanaman sayur, Sawi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply