Kacang Panjang

Tanaman kacang panjang merupakan jenis tanaman menjalar, memanjat dan mempunyai tempoh tanaman semusim dan singkat. Ia merupakan sayuran kedua popular selepas tanaman cili yang paling gemar dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Ia juga disebut sebagai Yard Long Bean, Bora, Asparagus Bean, Long Poded Cowpea dan pelbagai nama lain bagi masyarakat anatarabangsa. Pelbagai masakan yang menjadikan kacang panjang sebagai ramuan utama terutama sayur goreng, dalca dan juga sebagai ulam ulaman.Ia sedap dimakan ketika muda dan kurang digemari apabila terlalu tua kerana rasa keranggupan isi kacang tersebut telah mula hilang.

Keenakan rasa ranggup dan segar dari isi kacang panjang sama ada ketika mentah atau selepas dimasak menjadikan tanaman ini sering menjadi pilihan pengguna. Malah kanak kanak dan golongan remaja juga sangat menggemari tanaman yang berasal dari keluarga Fabaceae. Ahli botani telah menamakan kacang panjang dengan nama sainstifik iaitu Vigna sesquapedalis L. Sayuran ini boleh dijumpai dijual di mana mana pasar harian, kedai runcit dan pasaraya dalam keadaan mentah dan segar dengan harga disekitar RM 2.00 hingga RM4.00 sekilogram bergantung kepada musim /cuacadan kawasan pemasaran.

Di Malaysia, negeri Johor merupakan kawasan pengeluaran sayur kacang panjang utama bagi pasaran domestic dan eksport dengan purata hasil 14 metrik tan sehektar sejak tahun 2009. 2 jenis variteti kacang panjang adalah Kacang Panjang Biji Putih dan Kacang Panjang Biji Hitam.Di pasaran biji benih, ianya dijual dengan nama Biji Hitam – Wira Black Seed (No. 388), Black Seed Purple Seed (No. 389), Red Cloud Long Bean (No. 399), White Seed Long Bean (No. 398) dan pelbagai jenis dan nama biji benih kacang panjang.

KHASIAT & NUTRISI

Berikut merupakan kandungan nutrisi (unsur dan mineral) yang terkandung didalam 100g sampel kacang panjang

Khasiat yang terkandung di dalam kacang panjang dikatakan dapat memelihara kesihatan jantung manusia kerana kandungan Vitamin K. Vitamin K yang terkandung di dalam kacang panjang ini berfungsi meneraskan bahagian pembuluh darah sehingga darah mengalir dengan lancar. Dalam erti kata lain, Vitamin K ini membantuproses pergerakan darah dengan melancarkannya (tiada gangguan atau sekatan dari mana mana unsur). Kandungan Vitamin B dari sayur kacang panjang juga menjadikan tubuh badan lebih segar dan sihat.
Pengambilan sayuran kacang panjang boleh mencegah terkena penyakit kanser. Sumber ini berfungsi sebagai bahan anti oksiden yang membantu tuibuh badan untuk menangani apa juga radikal bebas supaya tubuh lebih kuat dan sihat. Hal ini disebabkan oleh kacang panjang mengandungi Vitamin C (beta karotena) seperti lutein, falavonoid yang terbukti memiliji sifat anti oksidan yang tinggi.Hasil kajian para penyelidik dunia juga mendapati pemakanan kacang panjang boleh mencegah terjadinya osteoporosis terutama pada golongan warga emas dan kanak kanak.Sebanyak 20 peratus pengurangan penyakit tersebut boleh dihindarkan dengan pemakanan sayuran yang berkhasiat ini.

Sayuran kacang panjang juga baik untuk siostem pencernaan dan penghadaman tubuh badan manusia.Kandungan serat (fiber) yang terkandung di dalam sayuran ini boleh melancarkan pergerakan makanan dari usus besar ke usus kecil tubuh seseorang. Fiber juga akan menyebabkan penyakit sembelit tidak terjadi. Kandungan kalori dan gula yang sangat rendah didalam sayur kacang panjang dimanfaatkan sebagai salah satu alternatif untuk mencegah penyakit diabetes. Ianya dikatakan membantu merendahkan paras gula di dalam darah dan menyebabkan seseorang itu mempunyai paras gula didalam darah yang terkawal.

CIRI MORFOLOGI TANAMAN KACANG PANJANG

PENANAMAN KACANG PANJANG

Kacang Panjang boleh hidup subur terutama dikawasan beriklim tropika dan subtropika. Antara keperluan utama tanaman kacang panjang ini adalah seperti tanah gambut, bris, atau bekas lombong, suhu kawasan diantara 200C hingga300 C serta taburan hujan sebanyak 150 mm hingga 168mm dalam masa sebulan. PH tanah yang sesuai bagi penanaman kacang panjang adalah 5.5 hingga 6.8.Kawasan yang dipilih perlulah mempunyai sistem pengaliran air yang baik bagi mengelakkan terjadikan kejadian pokok lemas apabila musim hujan melanda kawasan tersebut.

Kawasan yang dipilih terlu dibajak dan digembur 2 minggu sebelum proses penanaman berlaku. Pengaporan sebanyak 3 hingga 7.5 tan/ha untuk tanah gambut, 1 hingga 3 tan/ha bagi tanah Bris dan 3 hingga 5 tan/ha bagi tanah mineral ditabur pada tanah bagi meningkatkan ph tanah selain dijadikan baja asas organic. Tanaman kacang panjang mempunyai peranan penting dalam menentukan kesuburan tanah kerana bahagian akarnya mengandungi bintil bintil yang akan mengikat nitrogen bebas di udara. Oleh itu, tanaman kacang panjang berguna dalam kitar keseimbangan nitrogen dari atmosfera.

Sistem batas dilakukan dengan meninggikan tanah setinggi 20cm hingga 30cm x lebar 1.2 meter. Sistem trellis dipasang pada bahagian kayu sokongan batas bagi memudahkan anak pokok kacang panjang memanjat dan melilit untuk tumesaran yang sihat. Sebaiknya, sistem sprinkler / renjis dipasang pada bahagian atas trellis supaya proses penyiraman boleh dilakukan dengan lancar dan tanaman mendapat bekalan air yang mencukupi bagi membolehkannya hidup subur.

Seperti tanaman lain, biji benih kacang panjang boleh didapati dari mana mana kedai baja dan kedai pertanian di seluruh Malaysia. Harga dan kandungan biji benih adalah bergantung kepada jenis varieti kacang panjang yang ingin ditanaman oleh pengusaha.Sebaiknye pengusaha perlu melakukan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum memilih variety kacang panjang yang ingin ditanam kerana ianya mengelakkan terjadinya lambakan hasil akibat tidak laku pada pasaran tersebut.

Biji benih perlu direndam dengan racun kulat sperti Thiram. Semaian boleh dilakukan sama ada menggunakan tray atau semaian terus kedalam lubang di tapak kebun. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 0.6 meter x 0.45 meter.Pengusaha juga boleh menggunakan kaedah fertigasi yang lebih effektif dan meningkatkan hasil tanaman.Pemberian air lakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.Tanaman kacang panjang adalah sayuran yang tahan dengan cuaca kering yang mana jika bekalan air terputus, pokok kacang masih hidup subur dan membesar dengan baik.

Pembajaan diberikan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu ke 7 selepas penanaman. Baja NPK 12:12:17:2 diberikan pada kara 700kg hingga 800 kg per ha. Pengusaha perlu menabur baja jauh sedikit dari batang pokok kacang bagi mengelakkan batang pokok kacanag terbakar akibat kepanasan baja. Penggunaan baja foliar sebagai baja tambahan juga digalakkan bagi mempercepatkan proses pengeluaran putik bunga, menguatkan tanaman dan mempertingkatkan hasil.

Pengawal dan pencegahan penyakit adalah faktor kritikal yang perlu diberikan perhatian yang khusus oleh pengusaha tanaman kacang panjang.Berikut merupakan jenis serangga perosak dan penyakit yang sering menyerang tanaman kacang panjang serta kaedah pencegahan yang sesuai. Langkah pencegahan dan pengawalan serangga perosak dan penyakit ini boleh dilakukan seawal aktiviti semaian lagi dengan penggunaan racun multiside (yang membunuh 2 atau 4 jenis serangga ) pada kadar yang ditetapkan.

Aktiviti merumput bagi pokok kacang panjang diberihkan sekerap mungkin bagi mengelakkan persaingan bagi mendapatkan cahaya matahari dan makanan.Jika rumput tidak dibersihkan, ianya menyukarkan pokok kacang untuk melilit bahagian kayu sokongan yang telah disediakan.

AKTIVITI PENUAIAN HASIL

Sayuran kacang panjang akan mula berbunga dan mengeluarkan buah pada hari 35 ke hingga 45 selepas penanaman. Hasil buah yang boleh dikeluarkan dengan berat purata diantara 10 gram hingga 12 gram sepokok.Setelah buah kacang panjang bertukar menjadi warna hijau gelap, mudah dipatahkan dan rasa ranggup, itu adalah petanda yang aktiviti penuaian boleh dilakukan.

Tempoh kutipan buah kacang pancang adalah 30 hingga 40 hari. Pengusaha akan memulas bahagian tangkai putik buah kacang panjang dan dikumpulkan di dalam bekas besar. Proses penuaian sesuai dilakukan pada waktu padi dan lewat petang. Hasil pengeluaran kacang panjang bagi kawasan seluar 1 hektar adalah diantara 15 000 kg hinga 20 000 kg. Buah kacang panjang yang telah dipetik akan diikat dengan getah dibahagian pangkal buah. Ianya akan dijual ke peraih atau pemborong tanaman dengan harga RM 2.00 hingga Rm 2.80 sekilogram dari kebun tanaman.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in penanaman sayur and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply