PETOLA

Dari pemerhatian secara peribadi mengenai sayuran dan masakan terutama di kalangan pengusaha makanan dan kaum ibu di rumah adalah didapati dewasa ini, sayuran yang kurang terkenal seperti petola dan peria kurang dimasak dan dihidangkan sebagai juadah utama. berbeza dengan sayuran seperti kobis, brokoli, lobak merah, kangkung dan bayam yang sering dimasak dan dimakan oleh semua rakyat Malaysia. Mengapa hal seperti ini terjadi sedangkan sayuran petola dan peria tidak kurang berkhasiat tinggi serta membekalkan vitamin berguna kepada kesihatan manusia, terutama petola yang berkhasiat membantu proses penghadaman dan sistem pencernaan tubuh badan. Kemungkinan faktor rupa dan rasa apabila dimasak yang memainkan peranan ketika memilih sayuran untuk dimasak dan dimakan.

Sayur petola ini biasanya akan dimasak goreng tumis bercili, dimasak bersama santan atau dimasak air (sayur bening) bersama fu chuk dan suun. Ianya pasti menjadi pilihan kepada penggemar sayuran petola terutama dikalangan dewasa dan warga emas. Akan tetapi, sayuran ini kurang dikenali dikalangan remaja dan kanak kanak. Nama sayur petola juga seperti asing bagi generasi alaf baru ini. Faktor kekurangan pendedahan oleh ibu bapa dan guru guru kepada sayuran ini menyebabkan mereka kurang mengenali dan makan sayuran ini.

Selain dari dimasak sebagai sayuran, petola juga akan dibiarkan sehingga tua dan dikering untuk dijadikan span pembasuh pinggan. Masyarakat orang asal dikawasan pendalaman Sarawak menggunakan petola yang hampir tua sebagai sabun dan digosok kepada mana mana bahagian badan yang gatal terkena getah pokok yang berbahaya atau pada kudis. Kulit luar buah petola ini akan disiat dan rongga buah petola yang telah kering akan digunakan sebagai bahan pengosok.

Sayur petola atau dikenali dengan nama sainstifik Luffa acutangula merupakan sayuran jenis berbuah yang berasal dari keluarga Cucubitaceae. Petola dipercayai berasal dari Negara India dan biasa dijumpai di tapak kebun di Asia Selatan dan Asia Tenggara terutama di Malaysia. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan jenis memanjat dan merambat pada mana mana sokongan pancang kayu. Para trellis di kawasan batas sangat diperlukan bagi membolehkan bahagian jejari bergulung yang terbit dari buah perola terus menjalar dan tumbuh dengan subur.

Ianya ditanam secara meluas di negeri Johor, Pahang dan Kelantan. Hasil pengeluaran sayur petola yang tertinggi dicatatkan pada tahun 2011 sebanyak 13 980 metrik / tan di kawasan seluas 1 280 hektar yang mana daerah Bera merupakan kawasan penanaman petola yang paling luas iaitu disekitar 83ha. Walaupun hasil pengeluaran petola adalah lumayan kerana ianya sejenis tanaman yang mudah ditanam tetapi pengusaha tanaman memerlukan kemahiran dan ilmu teknikal mengenai tanaman petola supaya ianya berkualiti dan boleh dipasarkan kepada pengguna.

Antara khasiat utama petola adalah sebagai pembersih darah dari apa juga bahan tercemar sekaligus meningkatkan dan membantu fungsi hati untuk memnyingkirkan toksin yang akan membahayakan kesihatan manusia. Bagi pesakit hati atau terkena penyakit jaundis adalah disyorkan untuk memakan sayur petola sebagai usaha membersihkan darah yang bermasalah. Sayur petola mempunyai insulin (peptide)yang dapat mengawal dan menurunkan paras kandungan gula dalam darah. Ianya sangat bermanfaat dan sebagai langkah pencegahan bagi pesakit diabetes. Selain itu, pengambilan sayuran petola dijadikan sebagai agen pengawalan keasidan dan kejadian ulser di perut dan sistem pencernaan manusia. Petola merupakan sayuran yang mengandungi lemak sayuran dengan kategori lemak tak tepu dan rendah kolestrol. Ianya membantu kepada sesiapa yang ingin berdiet dan menurunkan berat badan.

JENIS & CIRI PETOLA

Sayur petola dikelaskan kepada 3 jenis iaitu petola segi, petola ular dan petola bantal. Berikut merupakan ciri ciri umum mengenai ketiga tiga jenis petola ini

PENANAMAN PETOLA

Sayur petola boleh boleh hidup subur sekiranya ditanam di kawasan yang mempunyai ciri ciri seperti berikut:

1) Boleh ditanam pada semua jenis tanah (tanah gembur, tanah liat berpasir, tanah liat ringan) kecuali tanah masam atau kawasan yang sering ditenggelami oleh air banjir
2)Mendapat sinaran matahari sekurang kurangnya 6 jam sehari
3) PH tanah diantara 6.0 hingga 6.5
4) Mempunyai saliran yang baik

Kawasan perlu dibajak dan digembur lalu dibuat batas bersaiz 2 x 8 kaki persegi. Kayu sokongan dengan kepanjangan 7 kaki dipasak 2 kaki ke dalam tanah sebagai sistem junjungan dan diikat dengan dawai kawat junjung bagi memudahkan tanaman memanjat dan menjalar. Pukat ikan bersaiz 30m x 1.5 m segulung boleh juga digunakan sebagai sistem penyokongan di kayu sokongan.

Batas yang telah digembur perlu digaul bersama baja organik seperti baja tahi ayam bagi meningkatkan kadar nutrient tanah dengan kadar 200 kg / ha. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 60cm x 150cm yang akan memuatkan kira kira 9750 pokok / ha. Sebaiknya penggunaan silvershine di atas batas tanaman bagi mengekalkan kelembapan tanah dan mengawal percambahan rumput dan rumpai yang menganggu pertumbuhan pokok petola

PEMBENIHAN & SEMAIAN

Buah petola ditanam dengan kaedah semaian biji benih. Benih petola boleh didapati dari mana mana kedai pertanian yang menjual benih petola. Rupa bentuk petola berwarna hitam seperti kuaci dengan keadaan bulat dibahagian bawah dan runcing di bahagian atas. Benih petola juga boleh didapati daripada petola yang kering dan tua dan diambil biji benih di bahagian dalam buah petola. Benih tersebut perlu dirawat dengan racun kulat bagi mengelakkan penyakit yang akan menjejaskan tumbesaran buah petola.

Kebanyakkan pengusaha tanaman petola lebih gemar menggunakan semaian benih terus ke dalam tanah berbanding semaian benih di atas tray semaian. Hal ini kerana masa percambahan biji benih petola menjadi anak pokok adalah singkat kira kira 5 hingga 14 hari sahaja. Benih yang disemai di dalam lubang sedalam 1 kaki di dalam tanah. Sebaiknya kayu penanda ditanam di kawasan lubang bji benih supaya dapat memudahkan pengusaha mengenalpasti kawasan lubang yang ditanam biji benih.

Sungkupan plastic slivershine atau rumput kering digunakan bagi memastikan kelembapan tanah yang akan mempercepatkan proses percambahan anak benih petola. Siraman di batas dilakukan secara titisan dengan kadar yang banyak 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Pada hari ke 5 hingga ke 14, anak pokok petola akan mula keluar dari permukaan tanah. Jika anak benih tidak bercambah, korek kawasan lubang yang telah ditanda lalu dikeluarkan benih yang tidak bercambah. Biji benih baru perlu disemai sebagai ganti biji benih yang lama.

PEMBAJAAN & MERUMPUT

Berikut merupakan jadual pembajaan bagi tanaman petola

Sebaiknya, baja diletakkan jauh sedikit dari pangkal pokok dan ianya perlu digemburkan secara berhati hati. Pastikan proses pembajaan dilakukan secara waspada agar tidak menjejaskan akar pokok petola. Kawalan rumput pada pokok petola adalah penting bagi mengelakkan persaingan antara tumbuhan dan rumput. Rumput yang kecil atau besar perlu dicabut sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Pengusaha perlu memastikan bahawa rumput tidak tumbuh memanjat kayu pancang kerana ia akan menggangu tumbesaran anak pokok terutama pada minggu ke 3 selepas penanaman.

KAWALAN PENYAKIT & SERANGGA PEROSAK

Terdapat beberapa serangga perosak dan penyakit yang sering menyerang pokok petola. Pengusaha perlu mengenalpasti tanda tanda serangan dan kaedah pengawalan serta pencegahannya lebih awal sebelum ianya merebak dan menjejaskan pengeluaran hasil buah petola. Berikut merupakan jadual jenis penyakit dan kaedah pengawalan yang perlu diambil perhatian oleh penguasaha tanaman petola.

PENUAIAN HASIL

Buah petola boleh dituai seawal 45 hari hingga 60 hari dengan kadar kekerapan selang 3 hari. Petunjuk yang kelihatan pada buah petola yang sesuai untuk dipetik ialah warna kulit buah petola yang berwarna hijau gelap bertukar kepada hijau muda. Bahagian pangkal buah petola mudah dipatahkan dan keadaan isi buah petola yang lembut dan tidak berserabut. Proses penuaian dilakukan dengan menggunting atau memotong bahagian pangkal dengan menggunakan pisau yang tajam.

Sekiranya buah petola dibiarkan tua tidak dipetik, ianya akan berasa sangat keras dan kulit luarnya akan bertukar menjadi warna keperangan. Dalam keadaan ini, buah petola tidak lagi sesuai dijadikan sayuran kerana rasa isi buah petola sangat pahit untuk dimakan. Hasil pengeluaran buah petola boleh mencapai kira kira 16 hingga 18 metrik/ha dengan harga jualan disekitar RM 0.60 hingga RM 1.00 sekilogram.

Kongsikan!
  • 12
  •  
  •  
  •  
    12
    Shares
This entry was posted in Herba, penanaman sayur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply