Projek Dusun Rambutan

Apa yang patut korang tahu sebelum buka projek dusun rambutan.

Dalam artikel ini saya ambik contoh dusun rambutan.

Pasal sekarang hangat rambutan menjadi sebutan.

Sehingga YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pun suruh nelayan tanam rambutan untuk tambah pendapatan.

Dua perkara penting yang perlu anda tahu sebelum memulakan projek dusun atau dusun rambutan sebagai contoh dalam artikel ini adalah pengurusan tanaman dan analisa kewangan.

Dua perkara ini penting dalam membuat pertimbangan dalam penilaian korang sebelum membuka dusun buah – buahan.

Kita akan tengok satu per satu.

Pengurusan tanaman

Dalam pengurusan tanaman, anda perlu berikan perhatian pada bahan penanaman, kaedah penanaman dan pembajaan.

Pastikan anda tahu sumber bahan tanaman anda iaitu anak benih anda.

Sama ada anak benih tut digunakan atau anak benih cantuman.

Jika anak benih cantumana digunakan periksa sama ada ianya cantuman baji
atau mata tunas.

Yang paling penting gunakan bahan tanaman tulen yang cukup sihat.

Dapatkan anak benih tanaman daripada pembekal yang betul terbaik.

Seterunys kaedah penanaman, sila pastikan jarak tanaman yang digunakan sesuai untuk jenis tanaman.

Jarak tanaman jangan buat main – main, tanaman dusun ini jenis saka, lama hidupnya.

Jarak tanaman untuk rambutan adalah 6 m x 8 m.

Jarak tanaman ini akan memberikan kepadatan ramburan 208 pokok per ha.

Saiz lubang tanaman pula adalah 60 cm x 60 cm.

Pengkapuran yang sesuai dalah GML sebanyak 500 g per lubang jika pH tanah kurang
daripada 4.5.

Baja organik pula 5 – 10 kg per lubang.

Gaulkan CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) 200 g di
setiap lubang sebelum penanaman dilakukan.

Pembajaan seperti di dalam jadual.


Sumber MARDI

Analisa kewangan

Buat analisa kewangan sebelum memulakan kerja – kerja lain.

Buat analisa untung dan rugi.

Contoh bagi dusun rambutan dalam jadual di bawah.


Sumber MARDI

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Analisa, Rambutan, Rambutan Anak Sekolah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply