KKM Arahkan Salad Pembunuh ditarik daripada Pasaran

Ekoran daripada penarikan salad jenis iceberg daripada pasaran oleh pihak berkuasa Singapura, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh telah ditarik balik dari pasaran oleh syarikat pengeluar.

Pengguna yang telah membeli sayur berkenaan dinasihatkan tidak memakannya mahu pun memberikannya pada haiwan ternakan seperti rabbit.

Bahaya pada rabbit apa entahlah manusia.

Sayur berkenaan ditarik balik daripada pasaran kerana tercemar dengan bahan kimia fipronil.

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan bagi mengatasi masalah kutu dan hama.

Pengambilannya pada paras tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan.

Berhati-hati ketika membeli sayur.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Berita Tani and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply