Setiap jenis tanaman mempunyai jangka hayat tertentu. Memahami tanda-tanda pusingan tanaman tamat atau pokok sudah sampai ke penghujung adalah penting bagi pengusaha skala komersial. Ini bagi menggelakkan perusahaan kita mengalami kerugian akibat pengunaan input berlebihan tanpa memberikan hasil yang optimum. Tanda – tanda ini adalah hampir sama bagi kesemua tanaman seperti cili, rockmelon, terung, timun dan sebagainya.
Antara 10 tanda- tanda umum tanaman anda menghampiri ke penghujung musim anda adalah:
- Tanaman mudah terkena penyakit.
- Kutipan hasil turun dengan drastiknya sehinga 50 – 70% berbanding kutipan pada hasil puncak.
- Hasil buah semakin kecil berbanding biasa sehingga menjejaskan gred buah.
- Daun yang keluar pada pokok semakin mengecil saiznya.
- Daun tua menguning dan gugur.
- Ketinggian pokok mencapai tahap maksima
- Node pada ranting pokok semakin pendek pada bahagian pucuk.
- Pengeluaran bunga semakin berkurang dan seterusnya terhenti.
- Pembesaran batang terutama pada bahagian pangkal telah terhenti.
- Bilangan pucuk yang semakin berkurang.
Diharap 10 tanda ini dapat membantu anda mengenal pasti tanaman yang sudah menghampiri penghujung musim dan perlu digantikan dengan tanaman baru bagi menggelakkan kerugian daripada hasil dan penggunaan bahan input.
Latest posts by Harress (see all)
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022