SOALAN PILIHAN RAKAN TANI

Segmen baru SOALAN PILIHAN RAKAN TANI di MYAGRI DotComDotMy soalan pilihan daripada pembaca. Soalan terbaik daripada kalangan pembaca akan dijawap di sini. Jadi anjurkan segala pertanyaan dan keraguan anda dalam pertanian, ternakan dan industri tani kepada admin@myagri.com.my.

Soalan untuk kali ini daripada saudara shaari berkenaan tanaman kelapa matag dan bagaimana memulakan projek penanaman kelapa matag. Saudara shaari juga ingin bertukar daripada tanaman getah kepada kelapa matag.

Soalannya seperti di bawah:

Dari: Shaari
Subjek: Tanaman Kelapa Matag

Kandungan mesej:
Salaam,

soalan saya,

saya mempunyai tanaman getah seluas lebih kurang tiga ekar di Melaka,

saya ingin bertukar kepada tanaman kelapa matag pula,

apakah langakah yang perlu saya ambil sekarng?

Jawapan:

Melihat daripada pertanyaan saudara saari kami melihat saari ingin memulakan projek tanaman kelapa matag. Kami juga tidak tahu mengapa saari ingin bertukar kepada kelapa matag daripada tanaman getah.

Antara sebab utama pengusaha getah ingin bertukar tanaman adalah 1) tanaman getah telah tua dan tidak produktif lagi daripada segi pengeluaran susu getah. 2) Harga telah yang rendah sekian lama. Jika sebab pertukaran adalah no 2 maka kami syorkan cari alternatif lain atau tanah lain kerana harga getah mengalami up dan down sekian lama serta akan tiba masanya harganya akan naik.

Walaubagaimanapun, antara langkah yang perlu buat adalah;

  1. Kajian pasaran, pembeli dan keperluan bekalan di kawasan anda
  2. Kajian teknologi penanaman kepala matag
  3. Pastikan sumber kelapa matag F1 yang tulen. Ramai pengusaha yang kantoi di sini.
  4. Kaji tanaman intercropping yang sesuai bagi menjana pendapatan bagi tempoh 3 – 5 tahun kerana kelapa matag mengeluarkan hasil 3- 5 tahun paling cepat
  5. Buat rancangan perniagaan dan budget kewangan yang diperlukan
  6. Meratakan tanah. Boleh bincang kontra batang getah
  7. Pembelian input dan benih
  8. Penanaman
  9. Pengurusan tanaman kelapa dan tanaman intercropping
  10. Pengurusan pemasaran

Langkah – langkah ini seperti memulakan projek baru.

Diharap menjawap soalan saari dan sahabat lain yang ingin memulakan projek baru dalam pertanian.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Soalan Pilihan Rakan Tani and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply