Cara – cara Proses Asam Keping

Asam keping merupakan rempah ratus yang banyak digunakan di dalam masakan.

Kaedah menghasil asam keping daripada buah asam adalah sangat mudah.

Berikut adalah langkah – langkah menghasilkan asam keping sendiri.

  1. Basuh
    Basuh buah asam hingga bersih. Pastikan buah bersih daripada segala kekotoran yang melekat. Setelah dibasuh dengan bersih kemudian toskan.
  2. Hiris
    Buah asam gelugur yang sudah bersih perlu di hiris dengan menggunakan pisau yang tajam. Ketebalan hirisan ialah antara 2 hingga 3 cm.Sebaiknya pilih buah yang bersaiz bersederhana agar ia mudah diproses serta untuk mendapatkan saiz asam keping yang lebih seragam.Potong dan buang bahagian hujung yang mempunyai kesan tangkai dan bahagian bucu bawah.Kemudian, semua hirisan perlu disusun diatas dulang atau perlatan yang yang sesuai dan rata untuk dijemur.Elakkan daripada menyusun hirisan tersebut secara berlapis-lapis bagi mempercepatkan proses pengeringan.
  3. Jemur
    Kepingan hirsan yang disusun atas dulang tadi akan dijemur dibawah sinaran matahari sehingga ianya kering. Ia akan bertukar warna  ke warna kuning gelap, coklat atau kehitaman mengikut keperluan pasaran. Ia perlu diterbalikkan beberapa kali bagi mengeringkan bahagian atas dan juga bahagian bawah.Terkini, pengusaha komersial mula menggunakan mesin pengering elektronik untuk penghasilan yang lebih cepat dan seragam.
  4. Quality Check
    Asam keping yang telah dijemur dan dikeringkan perlu dikumpulkan untuk diperiksa kualitinya.
  5. Pemasaran Bungkus asam keping mengikut berat untuk jualan.
Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Herba and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply