Lada solok merupakan varieti cili merah yang besar dan mempunyai tempoh kematangan yang perlahan.
Disebabkan tempoh kematangan yang lama ini, lada solok menjadi pilihan sebagai bahan masakan terutama di dalam nasi kerabu sebagai lada solok.
Di situ lah gelaran lada solok diperolehi.
Lada solok ini sesuai ditanam sebagai cili hijau dan pasaran utama cili ini adalah kedai – kedai makan dan gerai – gerai nasi kerabu.
MYAGRI menggalak pengusaha fertigasi di pantai timur terutama Kelantan menanam lada solok ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Dengan harga lada sekitar RM 15 per kg di Kelantan, lada solok ini sesuai untuk menjadi pilhan utama pengusaha fertigasi di sana.
Buah lada solok ini pendek berbanding buah cili kulai dan besar berbanding cili kulai.
Selain daripada itu kulit buah lada solok juga nipis berbanding cili kulai yang lain.
Penjagaan lada solok adalah sama seperti tanaman cili yang lain.
Antara varieti lada solok yang menjadi pilihan utama adalah CA4.
CA4 merupakan sejenis cili besar berwarna hijau muda.
Cili ini bersaiz sederhana besar .
Cili ini berbentuk bulat dan menirus dihujungnya dengan tahap kepedasan yang sederhana (Sederhana pedas).
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022