SELAMAT TAHUN BARU 2020

Saudara/Saudari, sedar tak sedar dah sedekad dah berlalu.

Sepanjang 2019 ini, macam mana dengan projek pertanian anda? Ada perubahan dan peningkatan yang telah berlaku dalam projek anda?

Suka duka dalam pelaksanaan projek sudah tentu.

Bermain dengan harga pasaran yang tidak menentu.

Harga input pertanian yang semakin meningkat.

Semua itu kita sebagai petani dan usahawan tani telah hadap sepanjang tahun 2019

Bagi mereka yang berjaya bagi tahun 2019…Taniah kami ucapkan.

Bagi yang kurang berjaya, cuma lagi tahun 2020 ini, tapi dengan teknik pertanian yang betul dan perancangan yang terperinci.

Untuk tahun baru pada 2020 dan 10 tahun akan datang, apa perancangan anda dan apa yang anda nak capai dalam hidup?

Walau pun perancangan anda untuk tahun 2020, kami doakan semoga berjaya.

Kami masih lagi sedia membantu dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan kursus pertanian pada tahun 2020.

Akhir kata SELAMAT TAHUN BARU 2020.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Info and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply