Racun organik daripada daun Semambu

Air daun semambu sememangnya terbukti berkesan untuk kawalan serangga perosak dan penyakit tanaman sayur – sayuran.

Racun organik ini sesuai untuk tanaman cili, rockmelon, terung, bendi, labu manis dan tomato.

Berikut kami kongsikan bahan – bahan, cara penyediaan dan penggunaannya,

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daun mambu
  • 5 liter air

Cara penyediaan

  • Ramaskan daun semambu dan masukkan ke dalam bekas.
  • Masukkan air dan kacau.
  • Biarkan selama 12 jam
  • Kemudian tapis airnya dan simpan di dalam bekas tertutup.

Cara penggunaan

Sukat 250ml air daun semambu ke dalam tong penyembur yang berisi air 20 liter dan sembur pada tanaman.

Kongsikan!
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman, Serangga Perosak Tanaman and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply