Buku Tanaman Cendawan Terbaik 2021

Rasanya anda semua tahu untuk dapatkan buku – buku berkenaan pertanian di Malaysia adalah susah.

Ditambah pula di dalam bahasa Melayu, lagi lah kadang – kadang jer ada.

Kalau buku pertanian daripada Indonesia banyak di pasaran.

Ini kerana bidang pertanian ini kurang menarik dan buku teknikal serta ilmiah ini bukan semua orang boleh tulis secara baik.

So story kali ini berkenaan buku tanaman cendawan terbaik 2021 di dalam Bahasa Melayu.

Urutan susunan nombor buku – buku ini tidak bermakna buku itu bagus.

Tapi pada aku buku tersebut lengkap berkenaan cendawan dan menjadi rujukan yang aku gunakan untuk penanaman cendawan.

#1 Teknologi Pengurusan dan Pembenihan Cendawan

Bagi mereka yang berminat membuat benih cendawan, buku ini memberikan penerangan langkah demi langkah dalam menghasilkan benih cendawan serta menguruskan makmal pembenihan cendawan. Bermula daripada susun atur dan kelengkapan makmal, pengurusan dan penyediaan benih cendawan, pemilihan benih terbaik sehingga lah costing untuk membangunkan dan operasi makmal cendawan. Yang paling best kaedah penghasilan benih yang ditunjukkan dalam buku boleh digunakan untuk menghasilkan semua jenis benih cendawan. Bagi korang yang sedang mencari buku benih cendawan saya highly recommend buku ini. 100% proven kaedah dia!

Teknologi pengurusan dan pembenihan cendawan

#2 Manual Teknologi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Buku yang ditulis oleh MARDI. Ringkas dan padat bagi korang yang ingin belajar menanam cendawan tiram kelabu. Di dalam buku ini diterangkan kaedah paling asas dan mudah untuk menanam cendawan tiram kelabu. Lengkap dengan carta alir bagi setiap proses kerja penanaman cendawan tiram kelabu. Sesuai untuk dijadikan SOP penanaman di ladang cendawan anda. Straight forward buku ini.

Manual Teknologi Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

#3 Panduan Usahawan Cendawan Tiram secara Komersil

Kalau buku nombor 2 tadi ringkas tetapi padat, buku Panduan Usahawan Cendawan Tiram secara Komersil ini versi yang diolah secara detail. So buku ini lebih tebal berbanding buku nombor 2. Buku ini terbitan Universiti Teknologi MARA. Buku ini korang akan dapat bonus berbanding buku nombor 2. Ada juga resepi masakan cendawan di dalam buku ini. Kalau korang suka membaca boleh try buku ini.

Panduan Usahawan Cendawan Tiram secara Komersil

#4 Buat Duit dengan Cendawan

Terbitan PTS. Buku cendawan di dalam bahasa melayu paling awal di Malaysia, tahun 2009. Secara umumnya, semua buku cendawan menceritakan gerak kerja penanaman cendawan tiram kelabu yang sama tetapi buku ini bagi korang extra berkenaan pendaftaran syarikat, cara buat pinjaman, organisasi yang akan membantu korang dalam perjalanan bisnes cendawan korang dan pengalaman penulis dalam bisnes cendawan. Cuma bezanya buku ini sudah tak up to date lagi bagi perkara – perkata tersebut. Tetapi kaedah penanamannya masih sama lagi.

Buat Duit dengan Cendawan

So korang boleh cari buku – buku ini di pasaran jika berminat untuk memulakan bisnes cendawan.

Ingat knowledge is Power!

Selamat membaca.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Benih cendawan, Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply