Selamat tahun baru 2022.
Tahun 2020 dan 2021 pelbagai cabaran industri agro yang terpaksa dihadapi oleh petani, penternak, nelayan, pengusaha dan usahawantani.
Untuk meringkaskan penulisan golongan ini, kami ringkaskan kepada agroMAN.
Kenapa agroMAN kerana mereka adalah superhero yang memastikan rakyat Malaysia mempunyai dumber makanan
Bermula dengan covid -19 yang menyerang seluruh dunia memberikan kesan yang mendalam kepada pendapatan kepada agroMAN.
PKP secara banyak merencatkan aktiviti agroMAN.
Kami sendiri pun turut terkesan dengan PKP.
Barang yang lepas usah dikenang. Jadikan kenangan, pengajaran dan buat persediaan.
Black swan event seperti covid-19 mungkin berulang lagi.
Tahun 2022 kami lihat bakal mencabar lagi Bagi bidang agromakanan dan keselamatan makanan negara
Antara cabaran utama bagi tahun 2022 adalah:
- Harga input pertanian melambung naik.
- Covid-19 dan varian baru
- Masih tiada penyelesaian yang holistik dan jujur berkenaan harga ladang. Isu ini makin bernanah Apabila ada agensi kerajaan bertindak sebagai pembeli hasil tetapi mengaut keuntungan daripada menjual pakej pertanian. Apabila tiba masa tuai hasil pelbagai alasan diberikan bagi mengelak daripada membeli hasil.
- Perubahan cuaca
- Masalah pekerja ladang yang semakin meruncing
Bagi tahun 2022 agroMAN perlu fokus pada pengurusan kos operasi.
Operasi ladang perlu dipercekapan bagi mengelakan ketirisan terutama bahan input.
2022 adalah tahun kemandirian bagi agroMAN. Survival 2022.
Survive 2022 menjadikan kita lebih kuat dan berdaya maju.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022