Bolehkah tanam kobis di tanah rendah.
Jawapannya boleh.
Bahkan penanaman kobis di tanah rendah telah lama dilakukan di kawasan tanah rendah.
Benda ini bukan benda baru.
Penanaman kobis telah dilakukan di sekitar negeri Johor pada tahun 80-an.
Terdapat pelbagai jenis varieti kobis yang sesuai dengan iklim di tanah rendah.
Jadi kenapa kawasan tanah tinggi terutamanya Cameron Highlands masih menjadi pilihan untuk pengusaha tanaman kobis.
Tinjauan survey dan interview MYAGRI Consulting bersama pengusaha kobis di Malaysia dan Indonesia mendapati pengusaha cenderung memilih kawasan tanah tinggi berbanding tanah rendah.
Ini kerana bukanlah faktor suhu tanah rendah yang tinggi berbanding tanah tinggi, seperti yang disangkakan selama ini.
Tetapi faktor serangga perosak yang banyak di tanah rendah menyebabkan pengusaha memilih tanah tinggi bagi penanaman kobis.
Faktor suhu sejuk dan rendah di tanah tinggi menyebabkan kurangnya faktor serangga perosak di kawasan tanah tinggi.
Berbanding kawasan tanah rendah risiko kerosakan akibat serangga perosak utama iaitu kepelbagaian species ulat adalah tinggi.
Walau pun teknologi IPM semakin mantap dan racun serangga perosak yang baru, pengusaha kobis masih enggan mengambil risiko.
Tambah pun penanaman kobis di tanah rendah akan menggunakan racun serangga yang banyak bagi mengatasi masalah serangga perosak akan menyebabkan risiko kesihatan kepada pengguna.
Kajian haruslah menjurus kepada penggunaan racun organik atau kawalan biologi yang betul – betul berkesan kepada serangga perosak utama kobis bagi meyakinkan pengusaha tanaman kobis untuk memilih tanah rendah sebagai kebun kobis mereka.
Bagi cara menanam kobis di dalam pasu boleh baca di sini.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022