Apakah itu Baja Fertigasi?

Penanaman fertigasi menggunakan baja yang sangat spesifik.

Baja fertigasi merupakan komponen utama dalam teknologi fertigasi.

Nutrisi tanaman fertigasi bergantung sepenuhnya pada baja fertigasi.

Di Malaysia, baja fertigasi dikenali sebagai baja ab, baja fertigasi ab atau baja fertigasi sahaja.

Baja fertigasi dirumuskan spesifik untuk setiap jenis tanaman.

Ini kerana setiap jenis tanaman memerlukan kadar nutrien yang berlainan.

Sebab itu di pasaran ada baja fertigasi cili, halia, terung, timun, rockmelon dan sebagainya.

Secara umunya, baja fertigasi mengandungi 10 komponen baja yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan Bahagian B atau baja A dan baja B.

Antara komponen di dalam baja A adalah Calcium nitrate dan Ferum.

Manakala baja B mengandungi Pottasium Nitrate, MKP, Magnesium Sulfate, Mangan, Zink, Hibor, Ammonium molydate dan Cuprum.

Namun begitu ada sesetengah pengusaha akan menambah unsur lain di dalam baja fertigasi.

Setiap komponen baja fertigasi berlainan tanaman mempunyai ratio berat yang berlainan.

Tetapi secara umumnya, setiap berat baja fertigasi adalah 25 kg atau pun 50 kg.

Bagi baja fertigasi 50 kg, dua set baja 25 kg dijadikan satu set baja 50 kg.

Baja fertigasi datang di dalam bentuk serbuk dan perlu dilarutkan menjadi pati atau stok baja.

Bancuhan pati baja fertigasi adalah 100 liter bagi set 25 kg dan 200 liter bagi set 50 kg.

Baja A dilarutkan menjadikan stok baja A dan Baja B dilarutkan menjadikan stok baja B.

Kadar dilution atau pencairan pati stok baja adalah 10000 Liter air bagi pati baja 100 liter.

Pati stok baja ini dibancuh ke dalam tangki air menggunakan EC meter.

Kos baja fertigasi boleh mencecah 30% – 40% daripada kos pengeluaran projek fertigasi.

Perkara yang paling penting adalah pengusaha perlu menggunakan baja fertigasi yang betul untuk jenis tanaman.

Sebagai contoh, gunakan baja fertigasi cili untuk tanaman cili.

Penggunaan baja fertigasi yang betul akan memberikan tumbesaran dan hasil yang optimum sekaligus memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha.

Untuk cara mengira keperluan baja fertigasi semusim boleh ketik sini.

Untuk membeli baja fertigasi boleh tengok bawah ini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Baja Foliar, Fertigasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply