Kesum biasanya digunakan sebagai perencah di dalam masakan, terutamanya masakan asam pedas, kuah laksa dan sebagainya.
Selain daripada digunakan di dalam masakan, daun kesum mempunyai banyak khaisiat yang tidak diketahui ramai.
Selepas tahu khaisiat yang sebenarnya mesti korang akan makan daun kesum secara rutin.
Kesum mengandungi quercetin derivatives dan total phenol yang tinggi.
Kedua – kedua jenis bahan bio-aktif memberikan kesan anti kedut, meningkatkan daya ingatan, dan mengalakkan immuniti badan.
Bahan aktif quercetin terbukti dalam meningkatkan daya ingatan.
Terdapat beberapa kajian klinikal yang membuktikan kesum dapat mengurangkan masalah nyanyuk di kalangan warga emas.
Kalau korang tak percaya baca kajian klinikal di bawah ni:
Study 1: Shahar S, Aziz AF, Ismail SNA, et al. The effect of Polygonum minus extract on cognitive and psychosocial parameters according to mood status among middle-aged women: a randomized, double-blind, placebo-controlled study. Clinical Interventions in Aging. 2015;10:1505-1520. doi:10.2147/CIA.S86411.
Study 2: Jay K Udani, “Effects of SuperUlam on Supporting Concentration and Mood: A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Crossover Study,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, vol. 2013, Article ID 238454, 10 pages, 2013. doi:10.1155/2013/238
Selain daripada memakan kesum dapat mengurangkan kedutan di wajah korang.
Melihat kepada khaisiat sebenar kesum wajar lah kesum dijadikan ulaman herba yang boleh dimakan secara rutin untuk mengelakkan korang daripada nyanyuk dan muka berkedut…kah kah kah
Nak tahu cara tanam kesum dalam polibeg atau pasu, korang boleh cek link di bawah
https://www.facebook.com/myagriconsulting/videos/747405879188148
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021