Mulakan Projek Pertanian Musim Covid

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai orang terjejas.

Banyak perniagaan terpaksa ditutup. Ramai yang hilang pekerjaan sekaligus hilang mata pencarian dan gaji.

Maka ramai yang melihat industri pertanian sebagai solusi bagi mengantikan kerja yang hilang.

Dalam industri pertanian sektor yang menjadi pilihan mereka yang terjejas ini adalah 1) Pertanian (fertigasi) 2) Pemprosesan makanan dan 3) Ternakan.

Sektor pertanian dijadikan pilihan utama kerana kos permulaan atau modal yang diperlukan adalah rendah berbanding sektor ternakan.

Manakala sektor pemprosesan makanan memerlukan kemahiran memasak yang tidak ada pada semua orang.

Jadi betulkah tindakan mereka yang terjejas akibat covid ini untuk memulakan projek pertanian?

Ini adalah sekadar pandangan saya. Boleh jadi saya silap dan boleh jadi saya betul….

Ramai yang hubungi saya sejak pandemik covid 19 melanda untuk memulakan projek pertanian terutama fertigasi bagi mengantikan gaji yang hilang.

Mereka ini terdiri daripada yang menerima VSS atau diberhentikan akibat syarikat gulung tikar.

Ada di antara mereka yang mendapat pampasan.

Ada pula yang bergantung kepada simpanan sendiri.

Tidak kurang yang mengeluarkan kswp melalui permohonan i-sinar.

Saya tanya mereka dengan soalan, sekiranya projek mereka tidak menjadi, mereka akan kehilangan atau hangus terus wang mereka. Adakah mereka mempunyai wang lebihan yang lain?

Rata – rata menjawap pendapatan dalam bidang fertigasi lumayan dan menguntungkan.

Jika tanya pada konsultan atau pembekal pakej sudah tentu begitulah jawapannya supaya mereka membeli pakej fertigasi. Konsultan sudah untung dahulu sebelum mereka belum tentu lagi.

Jika anda antara yang terjejas, nasihat saya mudah saja.

  1. Simpan dan pegang dahulu duit yang ada pada anda. Musim covid ini lupakan dahulu untuk memulakan projek pertanian. Fokus pada kelangsungan hidup anda dan keluarga anda dahulu. Duit yang ada fokus untuk kegunaan anda sekeluarga bukan untuk projek fertigasi.
  2. Sebaliknya cari pendapatan dengan Gig economy seperti Food Panda, Grad Food, Grab dan sebagainya untuk mencari pendapatan.
  3. Dalam masa yang sama timbal ilmu pertanian, hadiri kursus pertanian daripada jabatan atau agensi kerajaan yang percuma.
  4. Fokus untuk survival dahulu.
  5. Jika anda mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk projek pertanian maka mulakan projek pertanian. Ingat bantuan bukan dengan duit poket anda sendiri.
  6. Jangan percaya dan taksub dengan kisah kejayaan fertigasi dalam Facebook, media dan daripada kata – kata konsultan. Biasanya mereka yang berjaya ini susah nak muncul di media dan berkongsi kisah kejayaan mereka. Daripada 10 kisah kejayaan biasanya 1 jer yang betul – betul genuine.
  7. Bidang pertanian ini banyak kisah dongengnya. Contoh kisah dongeng yang paling popular tanaman 1000 polibeg fertigasi cili kulai pendapatan RM 20 k sebulan! Kalau jual pakej fertigasi value RM 20 K setiap bulan boleh lah gaji banyak tu. Kisah dongeng yang saya tidak dapat lupakan adalah satu konsultan itu claim dalam kursus pendapatan dia RM 90 K sebulan jual cili. Kalah gaji eksekutif! Offcourse paling mitos jual 50 k batang lemang pendapatan RM 1 juta.
  8. Bagi tujuan pembelajaran buat lah skala kecil 20 – 30 polibeg terlebih dahulu. Skala kecil modal pun tak sampai RM 100 – RM 150.
  9. Rujuk dan bincang dengan mereka yang betul – betul genuine dalam sektor pertanian ini.
  10. FOKUS PADA SURVIVAL SAMPAI COVID SELESAI (Tiga kali nasihat yang sama ini).

Safe stay korang semua.

Semoga pandemik covid ini cepat selesai dan keadaan pulih seperti sedia kala.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi, Pertanian Umum and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply