Penanaman Cendawan jerami padi menggunakan tandan sawit

Cendawan Volvariella atau lebih dikenali sebagai cendawan jerami merupakan sejenis cendawan yang semakin mendapat permintaan yang tinggi pada masa kini. Cendawan yang biasa kita lihat atau makan seperti cendawan tiram kelabu/putih, cendawan telinga kera/jeli hitam, abalon, cendawan ling zhi, shiitake cendawan butang dan banyak lagi.Cendawan ini mempunyai kandungan protein dan karbohidrat bebas (N-face cardonhydrate) yang tinggi serta berkhaisat. Cendawan jerami padi juga dipercayai boleh mencegah penyakit diabetes, kurang darah serta mempunyai kesan anti kolestrol.

1176190_408711302574288_1890852549_n

Cendawan jerami boleh ditanam menggunakan media substrat jerami padi dan juga tandan kelapa sawit. Ianya juga boleh ditanam menggunakan media seperti tandan kelapa sawit, sisa kapas, sisa biji kopi, sisa sagu dan banyak lagi jenis sisa media. Tidak seperti cendawan tiram kelabu yang menggunakan media substrat habuk kayu getah. Kaedah penanaman cendawan jerami padi menggunakan tandan kelapa sawit bukan sesuai kaedah yang baru malahan telah lama di praktiskan di negara jiran, Indonesia. Penanaman cendawan ini mempunyai masalah penyimpanan dan pasaran kerana cendawan jerami tidak boleh bertahan lama (hanya boleh bertahan selama 12 – 18 jam sahaja). Justeru itu, ramai pengusaha terpaksa memetik dan menjual terus cendawan ini kepada pengguna.

dsc_2826_b

Antara bahan-bahan utama yang diperlu bagi penanaman cendawan jerani padi menggunakan tandan sawit adalah tandan sawit dan benih cendawan jerami padi.

Kaedah penanaman pula melibatkan 3 langkah utama iaitu:
1) Penyediaan substrat tandan sawit
2) Penyediaan batas tanaman
3) Menabur benih cendawan
4) Memungut hasil

1) Penyediaan substrat tandan sawit

Tandan kelapa sawit dilonggok dan diperam atau dikomposkan selama 9 hari. Siram air dilakukan selang 3 hari sekali bagi melembapkan substrat. Longgokan tadi perlu ditutup dengan kanvas.

2) Penyediaan batas tanaman

Media substrat tadi di tabur dengan membentuk batas bersaiz 3’ lebar dengan 10’ atau 15’ panjang. Media perlu dipadatkan dan batas perlu disiram dengan air bagi melembapkan substrat. Kemudian benih ditabur di atas batas.

3) Menabur benih cendawan

Kemudiannya, benih ditabur di atas batas dan ditutup dengan plastik hitam selama 7 hari. Pada hari ke-8, buluh lengkung bersama plastic dipasang pada batas sebagai teduhan dan dibiarkan tertutup dengan plastic selama 7 hari. Teduhan atau lindungan ini diperlukan bagi melindungi cendawan daripada rosak serta tidak mengganggu proses tumbuhan cendawan.

4) Memungut hasil

Selepas lima hari, akan kelihatan cendawan tumbuh dan hasilnya boleh bertahan sehingga sebulan. Setiap batas bersaiz 3’ x 15’ boleh menghasilkan dua kilogram cendawan sehari. Harga setiap satu kilogram cendawan jerami pada hari ini ialah RM10.

image

Cendawan jerami ini sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia dan tidak memerlukan kos tinggi. Tanaman cendawan ini akan dijadikan tanaman alternatif supaya penoreh boleh menambah pendapatan mereka melalui projek itu.Kaedah ini sesuai dijalankan secara integrasi pada tanaman kelapa atau getah.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Penanaman Cendawan jerami padi menggunakan tandan sawit

  1. faiedz says:

    Assalamualaikum…
    saya berminat untuk mengikuti kursus cendawan…
    bila pihak tuan akan buat kursus lagi?

Leave a Reply