RASA PEDAS CILI

Siapa makan cili, dia yang terasa pedas. Begitulah kata pepatah orang melayu. Cili memang pedas, tetapi ada juga cili yang tidak terasa pedas. Rasa tahap kepedasan pada semua jenis cili adalah tidak sama. Ianya bergantung pada varieti atau jenis, persekitaran penanaman serta kaedah penanaman. Ada cili yang lansung tidak mempunyai rasa pedas dan ada sesetengah jenis cili tahap kepedasannya sangat kuat sehingga seolah-olah ‘membakar’ lidah. Apakah penyebab yang menjadikan cili mempunyai rasa yang pedas. Apa bahan yang membuatkannya berasa pedas? Selalunya kita tanam cili sahaja, sekarang mari lihat kenapa cili mempunyai rasa yang pedas?

Jawapannya mudah iaitu sebatian capsaicin di dalam buah cili.

Capsaicin merupakan bahan kimia di dalam plasenta cili. Kapsaisin ini sebenarnya yang menyumbangkan rasa pedas atau rasa terbakar di dalam cili. Apabila Capsaicin ini bind pada receptor pada lidah manusia, ia akan memberikan rasa pedas dan terbakar pada lidah dan otak akan mengeluarkan arahan supaya badan segera menyingkirkan bahan ini. Ini daripada segi sainsnya.

Bagaimanakah tahap kepedasan diukur?

Tahap kepedasn diukur menggunakan scoville unit. Skala Scoville ialah ukuran kepedasan cili. Buat masa ini Lada Hantu atau ghost pepper merupakan cili yang paling pedas di dunia dengan tahap kepedasan melebih 1 juta SHU. Tahap kepedasan telah lebih tepat diukur dengan kaedah yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC)

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa pedas di dalam masakan?

Ramai yang berpendapat bahawa rasa pedas apabila memakan cili adalah kerana biji-biji cili. Tanggapan mengenai pemahaman ini sebenarnya adalah tidak tepat. Saintis telah mengenalpasti bahawa rasa cili yang pedas sebenarnya berpunca oleh bahagian putih yang terdapat di sekeliling biji-biji cili ataupun juga dikenali sebagai plasenta. Setelah mengetahui sebab sebenar ini, maka kita juga akan membuang bahagian plasenta cili bagi mengelakkan rasa pedas dalam masakan.

Selepas makanan cili rasa pedas. Apakah cara terbaik untuk menghilangkan rasa pedas?

Kapsaisin bersifat hidrofobik ataupun dengan kata mudah ‘tidak larut air’ . Molekul kapsaisin tidak bercampur dengan molekul air. Minum air bergelas-gelas untuk menghilangkan pedas sebenarnya tidak akan memberi kesan apa-apa. Sebaliknya, untuk menghilangkan rasa pedas adalah dengan pengambilan bahan lain selain air seperti susu kerana kapsaisin melarut di dalam makanan berunsur lemak seperti susu lembu segar.

Kongsikan!
This entry was posted in Cili and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply