Apabila projek fertigasi tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan projek fertigasi akan gagal.
Umum tahu, kos pembangunan projek fertigasi adalah tinggi.
Justeru itu, kegagalan projek fertigasi ini akan mengakibatkan kerugian yang tinggi.
Ramai berpendapat apabila projek fertigasi gagal pertama yang disalahkan adalah teknologi fertigasi tu sendiri.
Malah di kalangan pegawai kerajaan dan penyelidik juga mengatakan teknologi fertigasi tidak berkesan.
Apabila projek gagal jangan tuding jari pada orang lain atau menyalahkan teknologi sendiri.
Jangan sesekali menyalahkan teknologi fertigasi.
Ini kerana telah ada pengusaha yang berjaya dengan teknologi fertigasi ini.
Sebaliknya kaji semula pengurusan ladang.
Pengurusan ladang termasuklah pengurusan pekerja ladang, pembelian input barang, pembahagian kerja kepada pekerja ladang dan SOP pengurusan tanaman.
Hampir 80% projek fertigasi yang gagal di Malaysia adalah disebabkan oleh kegagalan pengurusan pekerja dan kawalan penyakit dan serangga perosak yang lemah.
Ini dua punca utama kegagalan projek fertigasi di Malaysia.
Pengusaha – pengusaha baru perlu berikan perhatian kepada dua perkara ini.
Jika projek fertigasi boleh cuba ikuiti lima langkah ini.
1. Ambil masa berehat
2. Belajar ilmu baru
3. Banyakkan sedekah dan Bayar zakat
4. Post-mortem punca kegagalan
5. Bangkit semula
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022