Baru – baru saya terjumpa seseorang yang mengaku bekerja sebagai pegawai Jabatan Pertanian di tapak projek.
Ceritanya gah sampai semua orang tak betul.
Dia sorang yang betul.
Ceritanya dia tanam 5000 polibeg dapat 7 kg sepolibeg.
Dua musim dapat RM 150,000.
Kiraan maksimum kami dengan andai tiada kerosakan pada pokok beliau dan harga jualan ladang maintain RM 2 sekilogram daripada awal musim hingga tamat musim penanaman. Serta semua hasil timun beliau GRED A.
Kiraan kami dengan andaian di atas adalah seperti berikut:
5000 polibeg timun x 7 kg = 35000 kg x RM 2 = RM 70,000
Wow nampak macam masuk akalkan.
Hummm…bagaimana dengan masalah penyakit dan serangga perosak.
Bagaimana pula dengan harga timun yang naik mengguna tangga dan turun macam naik lif.
Pada mereka yang cetek ilmunya mesti percaya bulat – bulat dan terpedaya.
Cerita sebegini yang memberikan harapan kepada anak muda dalam pada masa yang sama membunuh masa depan mereka.
Di penghujung cerita bagi tahu menjual dan membekal pakej pemasangan sistem fertigasi di TKPM.
Lepas itu siap tanya ada kerja kosong tak, anak beliau baru graduate.
Jika projek beliau begitu menguntungkan kenapa tak serahkan pada anak beliau.
Hurm…
Bukannya dengki atau iri hati cuma jangan tabur harapan yang indah-indah untuk menjual pakej fertigasi anda.
Kesian pada mereka yang terkena nanti.
P/S: Mercedes itu beli pakai duit jual timun atau jual pakej fertigasi…wakaka.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021