Penanaman buah naga

Buah naga adalah tanaman dari family Cactaceae. Buah naga juga dikenali dengan nama dragon fruit dan buah pitaya. Tanaman ini terdiri daripada dua jenis iaitu buah naga merah (Hylocereus polyrhizus) dan buah naga putih (Hylocereus undatus). Ianya bergantung kepada warna isi buah naga itu sendiri. Buah naga mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1999 iaitu di Setiawan, Johor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada tahun 2006, pengeluaran buah naga di negara ini telah mencecah 2,534.2 ton (Cheah & Zulkarnain 2008).

1

2

Tanaman ini sangat sesuai ditanam di kawasan yang kering, tropika atau sub-tropika dengan penerimaan hujan 20-50” setiap tahun. Buah naga mengandungi antioxidant dan fenolic. Isinya kaya dengan vitamin C. Pigmen merah pada isi dan kulit buah naga menunjukkan ianya juga kaya dengan antosianin. Sehubungan denganitu, satu kajian mendapati bahawa kandungan fenolik di dalam isi buah naga merah jauh lebih tinggi berbanding buah naga putih (Nurliyana et al. 2010). Umumnya, antioxidant merupakan bahan untuk meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh badan manusia. Antara antioxidant yang terdapat di dalam buah-buahan tropika termasuklah karotenoid, fenolik dan betalain. Maka, buah naga amat sesuai diamalakan untuk kesihatan dan mengurangkan risiko kanser.

Penanaman buah naga

1. Penyediaan tanah: Tanah perlu digembur terlebih dahulu. Ini kerana, tanah yang keras dan liat akan menyebabkan akar tidak mampu berpegang pada tanah. Tanah juga perlu dibersihkan daripada akar-akar rumput bagi mengelakkan penyakit. pH tanah yang sesuai bagi tanaman ini ialah 5 hingga 7.

2. Sistem pengairan: Tanaman memerlukan bekalan air yang cukup. Sistem pengairan yang biasa diapplikasikan bagi tanaman ini adalah sistem pengairan atas tanah dan sprinkler.

3. Penanaman: Proses awal bagi mendapatkan anak pokok adalah dengan kaedah menyemai benih di dalam medium polybag yang terdiri dari campuran tanah dengan pasir dan juga tinja haiwan (nibah 1:1:1). Setelah berumur kurang lebih 3 bulan, anak pokok tersebut sudah boleh dipindahkan ke ladang. Tanaman ini boleh diusahakan dengan dua sistem penanaman iaitu sistem tunggal dan sistem kelompok. Sistem tunggal dilakukan dengan menggunakan satu tiang panjatan. Pada tiang panjatan tersebut ditanam tiga atau anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu betul-betul rapat pada tiang panjatan sedalam 5-7 cm dan perlu diikat kuat pada tiang panjatan menggunakan tali raffia atau mengguanakan kawat supaya anak pokok tidak jatuh.

4

3

Sistem kelompok dilakukan dengan menggunakan dua atau lebih tiang panjatan. Tiang panjatan ini dibuat mirip dengan tiang untuk menjemur pakaian dengan panjang 4 m yang dapat menampung 20-26 tanaman buah naga. Jarak tanam antara baris 30 cm dan antara tanaman dalam baris juga 30 cm. Anak pokok dirapatkan dan diikat pada tiang panjatan seperti penanaman buah naga sistem tunggal.

4. Pembajaan: baja harus diberikan 3 bulan sekali.

Tanaman ini juga boleh ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan. Namun kerana nilainya yang tinggi, ianya lebih sesuai jika diusahakan secara komersial. Suatu penyelidikan perlu dibuat bagi mewujudkan penambahbaikan pada tanaman ini serta pengolahan bagi meningkatkan nilai nutrisi buah naga ini.

This entry was posted in Mata naga and tagged , , . Bookmark the permalink.