Sarang Burung Walit

Burung Walit merupakan spesis burung yang hanya dijumpai di selatan timur Asia. Dalam bahasa sains Burung Walit disebut sebagai Aerodemus fuciphages iatitu spesis burung dari famili Apodidae. Penternakan Burung Walit untuk mendapatkan sarangnya semakin meluas kebelakangan ini ekoran harga sekilogram sarang burung walit kini mencecah RM 4000 sekaligus menjadikan industri ini di antara industri termahal di Malaysia yang mampu menjana pendapatan RM 1.5 bilion setahun (wikipedia.org). Malaysia merupakan pengeluar sarang burung yang ke tiga terbesar selepas Indonesia dan Thailand.

picture1

Sarang burung walit kaya dengan khasiat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Ianya berkesan untuk merawat penyakit paru-paru seperti asma yang kronik, bronkitis dan batuk. Ianya juga membantu dalam merawat masalah limpa dan meningkatankan sistem imunisasi tubuh. Dengan bahan antioksidan dan anti penuaan yang terkandung di dalamnya, sarung burung walit mampu melicinkan, menganjalkan dan mengurangkan kedutan pada kulit. Murut sebuah laporan kajian yang dijalankan oleh Prof. Wang Bing, sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis bahan penting untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian ibu-ibu mengandung disarankan mengambil makanan yang mengandungi SA yang tinggi untuk menyokong perkembangan otak bayi dan di antara makanan yang disyorkan adalah sarang burung Walit. Selain itu, sarang burung walit juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, menstabil kitaran haid dan merawat hipertensi.

Tidak hairanlah jika sarang burung walit menjadi popular dalam industri makanan kesihatan, kosmetik, dan perubatan hari ini. Sarang burung walit yang dihasilkan di negara ini turut dipasarkan di luar negara dan pengimport sarang burung terbesar adalah negara China. Kerajaan Malaysia turut memberi sokongan yang gitu dalam bidang ini sehingga ianya dijadikan salah satu program di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara. Namun, pada Tahun 2009, industri ini mengalami kemerosatan ekoran pengharaman import sarang burung ke Negara China atas alasan kandungan nitrit yang tinggi di dalam produk sarang burung. Setelah diselidiki, faktor utama yang masalah ini adalah penggunaan pengawet dalam industri makanan itu sendiri (Faridah F.I, 2012).

Habitat semulajadi burung Walit adalah di dalam gua. Maka penternak burung walit kebiasaannya akan membina sebuah bangunan yang memiliki ciri yang hampir sama dengan gua atau mengubahsuai bangunan tinggal untuk dijadikan habitat bagi Burung Walit.

Satu kaedah yang digunakan untuk menarik burung walit membina sarang di dalam bangunan yang disediakan adalah dengan memasang Mp3 suara-suara burung. Audio CD tersebut boleh dapatkan dipasaran atau dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Audio ini boleh dipasang di tingkat paling atas pada pintu di mana burung walit keluar masuk.

Dalam pada itu, ‘water spray’ juga perlu disediakan di dalam bangunan. Ianya bertujuan untuk mengekalkan kelembapan yang menyamai ciri di dalam sebuah gua. Pengusaha juga perlu menyediakan sarang burung palsu untuk menggantikan sarang burung asal yang sudah dituai dan telur burung walit palsu untuk diganti dengan telur sebenar.

picture12

Menternak burung walit juga menghadapi banyak masaalah serangan musuh dan juga penyakit. Antaranya kita perlu mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak, kelawar, biawak, burung hantu dan helang. Musuh ini yang samada akan merosakan atau menakutkan burung perlu dihapuskan untuk terus tinggal dalam bangunan. Burung Hantu (Tyto alba)lazimnya akan tunggu waktu lewat malam atau pagi untuk menyambar burung walit yang masuk atau keluar dan ini amat menakutkan burung walit. Oleh itu, bangunan perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi sarang musuh.

Rujukan:
1. Faridah F.I, Akma N.H., Ketty G.S.L., Khairunnisak M. & Norakmar I (2012). Nitrit Dalam Sarang Burung Walit: Suatu Pencemaran. Edible Bird Nest Industry Conference 2012.
2. Prof. Wang Bing (2000), Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Pemakanan Manusia. University of Sydney, Australia.
3. https://blogmardi.wordpress.com/2012/12/03/pemodenan-industri-sarang-burung-walit/
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/penternakan_burung_walit

Kongsikan!
  • 22
  •  
  •  
  •  
    22
    Shares
This entry was posted in Burung walit and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply