LOBAK MERAH

Lobak merah atau disebut carrot adalah sayuran umbisi yang berwarna oren atau oren kemerah merahan. Terdapat juga warna lobak selain dari warna oren iaitu putih, jingga, unggu dan kuning. Ianya mempunyai tekstur yang keras dan rangup apabila dimakan secara segar. Rata rata semua penduduk dunia pasti kenal dengan lobak merah dan sangat menggemari sayuran lobak merah ini. Selain dijadikan ramuan utama di dalam sayur atau dimakan segar, lobak merah juga boleh dibuat jus. Jus lobak merah sangat sedap untuk dinikmati pada awal pagi sama ada dikisar bersama ais batu atau tidak. Ianya mempunyai 1001 khasiat yang berguna kepada tubuh badan manusia. Lobak merah juga dicampur ke dalam adunan kek untuk dibuat kek lobak (carrot cake).

Lobak merah atau nama sainstifiknya iaitu Daucus carota dari keluarga Umbelliferae tidak ditanam dikawasan tanah rendah. Ianya memerlukan kawasan tanah tinggi untuk hidup subur dan berkembang dengan baik. Namun begitu, para suri rumah boleh juga menanam lobak di dalam pasu di sekeliling rumah sebagai kaedah alternatif penjimatan wang dapur untuk membeli sayur. Kebanyakkan lobak merah yang terdapat di Malaysia diimport dari Negara China atau Vietnam secara segar. Ia banyak ditanam diluar negara dan dieksport ke seluruh dunia kerana kesesuaian cuaca dan iklim berbanding di dalam negara. Pada asalnya lobak ditanam di Negara Afganishtan dan dibawa ke Iran dan akhirnya penanamannya meluas ke seluruh dunia sehingga ke Eropah. bergantung kepada warna dan varieti.

CIRI CIRI MORFOLOGI LOBAK MERAH

Lobak merupakan sayuran yang tumbuh secara menegak dari dalam tanah. Bahagian umbisi lobak tertanam di dalam tanah manakala bahagian daun akan tumbuh di atas tanah. Lobak boleh mencapai ketinggian disekitar 120 cm hingga 150 cm dalam tempoh matang. Berikut merupakan ringkasan morfologi lobak merah:

CARA PENANAMAN LOBAK

Di kawasan Asia, kawasan penanaman lobak secara purata adalah 4 hingga 5 pokok /m2. Ianya boleh ditanam menggunakan kaedah semaian biji benih di dalam tapak semaian atau ditanam terus ke atas batas. Batas tanaman yang disyorkan adalah 10 hingga 15 cm lebar x 10 hingga 15cm tinggi. Semaian biji benih lobak di semai diatas tray yang telah diisi dengan peat moss. kedalaman semaian biji benih adalah 1 atau 2 cm sahaja ke dalam tanah dan disembur dengan air bagi mempercepatkan percambahan anak benih lobak.

Tray semaian dibiarkan di dalam rumah semaian selama 7 hari dan disembur dengan air sekiranya tanah peat moss kering.Setelah seminggu, daun pucuk lobak akan kelihatan dan ianya boleh dipindahkan ke atas batas. Pemindahan anak pokok lobak dilakukan secara berhati hati kerana dikhuatiri akar pokok akan tercabut kerana pada ketika ini, akar lobak masih lembut dan mudah terlerai. Sungkupan di pangkal akar dilakukan bagi mengekalkan kelembapan. Sinaran cahaya matahari yang cukup menyebabkan lobak tumbuh subur. Selepas 60 hingga 90 hari ianya boleh dituai (bergantung kepada varieti).

Bagi penanaman lobak di dalam pasu, ia boleh dilakukan dengan menggunakan pasu atau bekas yang mempunyai ketinggian diantara 2 kaki hinggi 2 kaki setengah bagi menjamin tumbesaran umbisi lobak. Campuran tanah hitam, pasir sungai dan kompos boleh dilakukan dengan kadar 2:1:1 lalu digaul sekata. Benih lobak yang telah bercambah boleh dipindahkan ke dalam media semaian. Siraman dilakukan 2 kali sehari dan elakkan penggunaan baja yang mempunyai kadar nitrogen tinggi. Penanaman lobak merah di Malaysia amat rendah, perlu banyak kajian penyelidikan mengenainya.

KHASIAT & NUTRISI LOBAK MERAH

Lobak dimakan kerana kandungan beta karotin yang tinggi di dalamnya. Ianya mengandungi 88% air, 7% gula, 1% protein, 1 % serat, 1% zat dan 0.2% lemak. Komponen serat yang terkandung di dalam lobak terdiri dari gabungan selulose, hemisellulose dan lignin. Ketiga ketiga serat ini membantu proses pergerakan makanan di dalam usus manusia.

Seperti yang diketahui, lobak merah merupakan sumber Vitamin yang tinggi. Berikut merupakan ringkasan kandungan vitamin yang terdapat dalam 100gram lobak merah:

Selain dari itu, kandungan mineral yang terdiri daripada kalsium 33 mg, zat besi 0.3 mg, magnesium 12 mg, mangan 0.143 mg, fosforus 35 mg, potassium 320 mg, sodium 69mg dan zink 0.24 mg menyebabkannya tambah berkhasiat dan kandungan khasiat ini sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Berikut adalah kebaikan dari lobak merah kepada sistem tubuh badan manusia:

Kongsikan!
  • 13
  •  
  •  
  •  
    13
    Shares
This entry was posted in Lobak, penanaman sayur, Pertanian Umum and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply