Campuran racun serangga perosak dan foliar…Boleh kah?

Antara soalan yang paling popular yang sering diterima oleh MYAGRI daripada pembaca adalah “Bolehkah kita mencampurkan racun penyakit dan serangga perosak bersama – sama baja foliar di dalam satu semburan?”

Amalan konvensional yang dilakukan adalah dengan melakukan semburan racun dan baja foliar secara berasingan.

Bagi memudahkan pengurusan tanaman dan menjimatkan masa pengusaha boleh mencampurkan racun penyakit dan serangga perosak bersama – sama baja foliar di dalam satu semburan kepada tanaman.

Sebagai contoh saya selalu mencampurkan racun comotech, bahan aktifnya adalah amitraz bersama baja foliar super power K.

Bahan aktif amitraz adalah untuk mengawal populasi hamama putih, manakala baja foliar super power K adalah untuk mengalakkan aruhan bunga pada tanaman cili.

Dengan mencampurkan kedua-dua bahan tersebut saya dapat mengawal populasi hamama dan menggalakkan pengeluaran bunga pada pokok cili.

Serampang dua mata.

Kenapa boleh dicampur racun serangga dan baja foliar?

Racun serangga mempunyai bahan aktif, bahan aktif ini mempunyai struktur kimianya yang tersendiri.

Sebagai contoh amitraz mempunyai struktur kimia seperti berikut:

Manakala baja foliar hanya mempunyai ion.

Sebagai contoh baja foliar super power K mempunyai ion K yang tinggi.

Ion dan molekul tidak akan bergabung dan membentuk struktur kimia yang baru.

Jadi mencampur racun serangga dan baja foliar tidak membentuk sebatian baru yang tidak dapat dipastikan kesannya pada tanaman kita.

Berbanding mencampurkan 2-3 jenis racun serangga di dalam satu semburan.

Harap pembaca semua dapat faham dan amalkan.

Selamat mencuba!

Kongsikan!
  • 500
  •  
  •  
  •  
    500
    Shares
This entry was posted in Baja, Baja Foliar, Fertigasi, Kawalan serangga tanaman, Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply