SOP FERTIGASI RINGKAS: PENANAMAN TERUNG SECARA FERTIGASI

Panduan penanaman terung secara fertigasi:

1. Semai biji benih terung di dalam tray semaian 104 menggunakan peat moss.

2. Anak benih terung sedia dipindahkan ke dalam polibeg apabila berusia 18 – 21 hari selepas bercambah.

3. Aktiviti memindahkan anak pokok perlu dilakukan lewat petang selepas jam 5 petang.

4. Selesai saja aktiviti memindahkan anak pokok ke polibeg berikan air kosong kepada anak pokok.

5. Program pembajaan bermula pada hari ke-2 selepas tanam.

6. Beri larutan baja formulasi terung mengikut usia pertumbuhan tanaman.

7. Pengurusan Penyakit dan serangga perosak bermula seawal pada peringkat nurseri lagi.

8. Terung boleh mula dituai selepas 75 hari ditanam.

9. Purata terung adalah 3 – 4 kilogram sepokok dengan amalan pengurusan yang baik.

Tips untuk mendapatkan hasil yang maksima dan kulit terung yang cantik adalah dengan mengawal serangan kutu thrips.

Selamat mencuba semua!

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, terung and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply