Operator Oh Operator

Ini adalah satu kisah yang menarik untuk saya kongsikan bersama – sama anda semua. Kisah ini berlaku di Branang, Selangor. Satu syarikat yang membuat tanaman cili secara fertigasi menggunakan perkhidmatan consultant bagi memberi khidmat nasihat dalam teknik penanaman fertigasi.

Terdapat dua plot di kebun syarikat tersebut. Satu plot dikendalikan oleh operator L dan satu lagi plot dikendalikan oleh operator H. Kedua – dua plot terletak bersebelahan dan kedua – dua akan dikunjungi oleh consultant tersebut secara serentak apabila waktu lawatan pemantauan dilakukkan dan laporan kemajuan projek serta arahan kepada operator akan diberikan kepada CEO. CEO adalah bos kepada operator L.

Perbezaannya adalah operator H mengikut segala arahan yang diberikan oleh consultant dengan teliti tanpa mengubah suai arahan kerja yang diberikan. Manakala operator L akan berkata ya kepada consultant dan mengubah segala arahan kerja yang diberikan oleh consultant tersebut dengan sesuka hati setelah si consultant pulang daripada lawatan.

Jadi setelah satu bulan setengah telah timbul masalah besar pada projek, dimana pokok cili plot operator L habis rosak akibat terkena sisa racun rumput. Ini kerana arahan larangan consultant supaya tidak menggunakan saluran jet spray yang sama bagi racun rumpai dan serangga tidak diikuti. Telah operator L dengan bodoh sombongnya telah menyalahkan teknik dan kepakaran consultant yang tidak betul.

Persoalannya sekarang kenapa plot operator H yang terletak bersebelahan dengan plot operator L begitu cantik pokoknya. Dan hanya menanti untuk kutipan hasil.

Perbezaan di sini adalah operator H mengikut segala arahan kerja yang diberikan oleh consultant, manakala operator L BODOH SOMBONG dan sering mengikut arahan yang diberikan. Di sinilah perbezaan kedua – dua operator ini.

Pengajaran di sini adalah, jika anda mengikut perkhidmatan consultant yang telah terbukti, ikutlah cakap consultant. Serta jangan lah ubah arahan yang diberikan.

Kepada consultant pula ingat catatkan segala arahan kerja yang diberikan serta pastikan samada arahan kerja yang diberikan dipatuhi atau tidak.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Operator Oh Operator

Leave a Reply