JENIS-JENIS TANAH PERTANIAN

profil tanah

profil tanah

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah adalah komponen yang sangat penting untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan samaada untuk tanaman makanan,tanaman industri atau tanaman ternakan. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk dipelajari.

Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.

Bagi penyediaan untuk penanaman, tanah yang sesuai diperlukan untuk menanam. Artikel kali ini, saya ingin berkongsi mengenai jenis-jenis tanah supaya pembaca dapat mengetahui jenis-jenis tanah yang sesuai untuk memulakan sesuatu penanaman pokok di kawasan anda.

Sistem  “USDA Soil taxonomy ,1992” digunakan untuk sistem klasifikasi tanah di semenanjung Malaysia yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, siri tanah di Malaysia dapat dikenal pasti. Sehingga kini lebih 240 siri tanah telah direkod dan disusun semula kepada 11 kumpulan. Kumpulan tersebut adalah :

  • Tanah yang terbentuk dari batuan igeneus dan batuan metamorfik bergred tinggi
  • Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah
  • Tanah yang terbentuk dari aluvium lama
  • Tanah laterit
  • Tanah yang terbentuk dari aluvium sungai terbaru
  • Tanah BRIS
  • Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
  • Tanah lempung laut tidak berasid sulfat
  • Tanah organan
  • Tanah organan gambut yang sederhana dalam dan dalam

 

Secara umumnya terdapat 6 jenis tanah yang sering dilihat dan sesuai untuk tujuan penanaman.

  1. Tanah liat

Tanah liat mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. sangat melekat ketika basah dan keras ketika kering. Tanah liat juga sangat padat di antara jenis tanah yang lain. Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, pengudaraan didalam tanah tidak begitu baik dan juga sangat sukar menerima air.

Apabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, akar tumbuhan sukar bergerak. Oleh itu, pengemburan perlu kerap dilakukan. Biasanya tanah liat berwarna kuning kemerahan. Untuk menentukan tanah anda itu jenis tanah liat kepal tanah tersebut ketika masih basah dan sekiranya ia meleket maka iaadalah jenis tanah liat.

  1. Tanah pasir

Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar.  Tanah ini kering dan berderai atau peroi. Jenis tanah ini tidak menyerap air kerana mempunyai ruang rongga yang besar dan menyebabkan Air akan mengalir dengat cepat dan tidak dapat diserap oleh akar. nutrient juga tidak bertahan lama kerana akan hilang bersama air mengalir.

  1. Tanah gambut

Tanah gambut adalah warna hitam atau perang. Mempunyai bahan organik dan kandungan air yang sangat tinggi. Jenis tanah ini dikategorikan didalam kupulan tanah berorganik. Ia terbentuk kira-kira 9000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang tertimbus di dalamnya. Ketika hujan, air sangat banyak di dalamnya dan kering ketika musim kemarau.

tanah gambut di Malaysia dikategorikan sebagai tanah bermasalah sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat. Jika anda kepal tanah ini ia seolah-olah seperti span dan boleh dibentuk. Maka anda mempunyai tanah jenis gambut. Kebanyakan kawasan di Selangor mempunyai tanah gambut dimana pokok kelapa sawit sesuai untuk hidup.

  1. Tanah endapan

Tanah endapan atau silty mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan ia sangat lembut dan ringan. Tanah endapan boleh menyerap air tetapi nutrient cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering. Ia jenis mampat dan padat dan pengudaraan dalam tanah adalah bermasalah.

  1. Tanah keranji

Tanah keranji atau tanah seline adalah kering dan bergaram. Tumbuhan bermasalah jika ditanam pada tanah jenis ini.

  1. Tanah loam

Jenis tanah sesuai untuk pertanian ialah tanah loam. Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun dan jenis tanah yang mempunyai kandungan hampir sama di antara tanah lampung, endapan dan pasir beserta humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai PH yang tinggi dan kandungan kalsium.

Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik iaitu bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.

 

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in jenis-jenis tanah, siri tanah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply