Pam Air untuk Projek Fertigasi

Pam air merupakan nadi utama projek pertanian terutamanya projek fertigasi.

Artikel pada kali akan memberikan tumpuan pada pam air untuk projek fertigasi.

Secara umumnya, terdapat dua jenis pam air yang boleh digunakan untuk projek fertigasi iaitu subsmersible pump atau centrifugal pump.

Dalam bahasa yang mudah subsmersible pump adalah pam air yang diletakkan di dalam air atau tangki air.

Manakala centrifugal pump merupakan pan air yang diletakkan di luar tangki air.

Centrifugal pump

Centrifugal-pumps

Untuk projek fertigasi biasanya disarankan pengusaha menggunakan pam jenis centrifugal.

Ini kerana pam jenis boleh disambungkan atau dihubungkan kepada lebih daripada 1 tangki air.

Ini bermakna pengusaha hanya perlu membeli satu pam air sahaja untuk digunakan oleh 2 bahkan 10 tangki air.

Harga centrifugal pump juga lebih murah berbanding subsmersible.

Untuk 2 Hp di dalam lingkungan RM 450 – 650 sahaja. Bergantung kepada jenama.

Subsmersible pump

10980_2000x2000

Kurang disyorkan untuk digunakan bagi tujuan fertigasi.

Ini kerana harganya yang mahal.

Serta kegunaannya yang terhad di mana satu pam untuk satu tangki air sahaja.

Terdapat dua jenis pam subsmersible iaitu dewatering dan high pressure.

Jenis dewatering digunakan bagi mengalirkan atau membuang air, tiada pressure langsung. Contoh jika kita nak keringkan kolam atau parit, kita gunakan subsmersible pam jenis dewatering.

Jenis dewatering ini, harganya murah sekitar RM 650 untuk 2 HP.

Jesni high pressure merupakan jenis yang bertekanan tinggi yang digunakan untuk aliran sewage atau liquid yang berkepekatan tinggi.

Harga jenis high pressure ini sangat mahal untuk 2.5 Hp sudah mencecah RM 2400.

Perkara yang perlu diberikan perhatian apabila membeli pam air untuk projek fertigasi

1. Untuk projek fertigasi pengusaha wajib menggunakan pam air jenis centrifugal.

2. Pastikan pam berkuasa elektrik single phase. Jika kawasan kita jauh di pendalaman gunakan pam berkuasa petrol/disel/solar. Elakkan menggunakan sistem gravity!

3. Beli pam air berkuasa 2 HP terus. Harga pam air 2 hp dan 1 hp tidak jauh beza!

4. Pam 2 Hp boleh digunakan untuk 3000 – 5000 sekali jalan.

5. Pastikan outlet besar dan pasang reducer. Jangan beli pam air outletnya kecil di mana menyebabkan pam hilang pressure.

6. Beri perhatian kepada Discharge flow and discharge pressure

7. Pilihan pam 2 hp dengan head yang besar! Sebagai contoh bagi panjang polipaip 100 kaki saiz head yang sesuai adalah 36 kaki!

curve

No tujuh ramai pengusaha yang buat silap!

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Alat Fertigasi, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply